Satu kajian dijalankan kepada 3,000 pengundi di lima kawasan iaitu Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu Langat bermula Oktober sehingga Disember 2016
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dijangkakan bakal kehilangan jawatannya pada pilihan raya yang akan datang.
Menurut hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) pengundi Melayu khususnya cenderung untuk memilih PAS manakala hanya 5.6% sahaja yang masih yakin dengan DAP, PKR bersama parti baharunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).
“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3 peratus akan mengundi Umno, 5.4 peratus akan mengundi PPBM dan hanya 5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.
“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR dan Amanah. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan. Kami asingkan antara pakatan harapan dan PPBM kerana senario pada waktu itu mereka belum bergabung,” kata Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin.
Kajian tersebut terdahulu dijalankan kepada 3,000 pengundi di lima kawasan iaitu Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu Langat bermula Oktober sehingga Disember 2016.
Menurut kajian itu lagi, pengundi di kawasan Parlimen Gombak yang kini dimiliki Azmin juga kini cenderung tidak memilihnya kerana majoriti mereka mengutamakan isu agama.
“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi rasuah dengan berkesan’.
“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan