GEORGE TOWN: Polis Pulau
Pinang telah mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kes tembak seorang
ahli perniagaan wanita di Jalan Bukit Gambir, berdekatan Taman Pekaka
di sini bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan.
Roslee berkata setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif kejadian.
Dalam kejadian pada 21 Feb lepas, Ruby Lee Poh Ai, 49 yang memandu kereta seorang diri dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripadanya melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah wanita itu.
Mangsa yang terbabit dalam perniagaan logistik perkapalan maut di tempat kejadian. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan