PAS kini bukan hanya berhadapan dengan Umno dan BN, sebaliknya serangan ‘fitnah’ pemimpin Parti Amanah Negara (PAN).
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob,
berkata banyak program yang dibuat kerajaan negeri, namun dinafikan oleh
parti itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Pemukiman
Bersama Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri dengan
rakyat ke Jajahan Machang.
Majlis sesi dialog itu diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang di sini semalam.
Katanya, fitnah yang ditaburkan itu semata-mata untuk menarik perhatian rakyat supaya menyokong mereka.
“Antara yang disebarkan sebagai isu, banjir lumpur di Bukit Besi.
Lebih malang lagi mendakwa kerajaan negeri tidak pedulikan nasib
mereka,” ujarnya.
Katanya, walaupun kerajaan negeri sentiasa berhadapan dengan perkara itu, namun mampu menghadapi sebaiknya.
Sempena majlis itu turut diadakan sesi dialog bagi memberi peluang pada rakyat mengajukan persoalan kepada kerajaan negeri.
Terdahulu jamuan rakyat turut diadakan di Padang Kemahkotaan Bandar Machang.
Turut berucap pada majlis itu Adun Temangan yang juga anggota exco kerajaan negeri, Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri,
pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dari PKINK, PMBK, pejabat-pejabat
tanah dan lain-lain.
Lawatan itu sempena Program Pemukiman Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri bersama rakyat di Jajahan Machang.
Selepas mendengar taklimat dari Ketua Jajahan Machang, Mohd
Zainuddin Mohamed, menteri besar menanam pokok machang di perkarangan
pejabat itu. Ia sebagai simbolik mengambil nama Jajahan Machang.
Program berkenaan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.45 petang. – HARAKAHDAILY
Program berkenaan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.45 petang. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan