Isnin, 27 Mac 2017

Sah! Anina mahu bertanding di Pekan

Shawaliah Hadir

Baru-baru ini bekas Senator Ezam Mohd Nor memaklumkan akan menubuhkan parti baharu dan akan bertanding menentang Najib di Pekan.

UPDATED

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mengesahkan bakal bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri Najib Razak pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

“Ya,” katanya tanpa mengulas lanjut kepada Berita Daily.

Berita Daily masih berusaha untuk mendapatkan kepastian sama ada keputusannya ini sudah dibincangkan di peringkat parti dan Pakatan Harapan atau tidak.

Baru-baru ini bekas Senator Ezam Mohd Nor memaklumkan akan menubuhkan parti baru dan akan bertanding menentang Najib di Pekan.

Walaubagaimanapun keputusan Anina itu disanggah oleh Ketua Penerangan PPBM Kamarudin Md Nor.
Selain tidak ada dibincangkan dalam kepimpinan tertinggi parti itu, beliau berkata mana-mana individu sekalipun pemimpin dalam parti itu tidak wajar mendahului Presiden khususnya dalam membuat keputusan berkenaan dengan kawasan yang akan dipertandingkan oleh calon dari PPBM.

“Tidak ada lagi (dibincangkan dalam pimpinan PPBM).

“Soal calon, ini adalah perogatif Presiden parti. Jadi siapa-siapa pun tidak wajar mendahului keputusan parti,” kata beliau.

Sebelum ini, wujud kontroversi apabila Anina terpalit dengan dakwaan Anina skandal seks apabila ‘screenshot’ perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan, tersebar.

Kemudian heboh lagi tentang beliau apabila tidak terpilih mengetuai Srikandi PPBM kerana dianggap tidak memenuhi kriteria.

Tiada ulasan: