ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengesahkan
mayat Kim Jong-nam masih berada di Institut Perubatan Forensik Negara
(IPFN), Hospital Kuala Lumpur.
Berhubung pelbagai spekulasi daripada media mengenai pergerakan keluar
masuk mayat berkenaan, Subramaniam berkata, perkara itu di luar
pengetahuannya.
Bagaimanapun, beliau menafikan mayat Jong-Nam telah dibakar untuk upacara keagamaan sebagaimana dilaporkan media.
“Status quo tidak berubah, mayat Jong-nam masih dalam tanggungjawab
Kementerian Kesihatan sehingga kita mendapat nasihat atau arahan
daripada Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam sidang
akhbar selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di
sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan