Ahad, 26 Mac 2017

Filem berjaya rosakkan masyarakat Barat


ISMA WEB
 


MASYARAKAT yang membantah unsur-unsur LGBT di dalam filem dari ditayangkan di Malaysia rata-ratanya dicemuh dan diperlekeh oleh mereka-mereka yang berideologi liberal. Pada sudut pemikiran liberalis ini, mereka berujar bahawa, takkan lah kita boleh jadi gay hanya dengan tengok scene gay dalam filem.

Saya nak bawa anda semua mengimbau sejarah masyarakat Amerika sendiri. Dan saya nak buktikan pada anda, atas influence filem dan media lah, masyarakat di sana semakin lama semakin rosak akhlak dan nilai moral mereka. Dan masalah-masalah yang timbul makin meruncing, menghapuskan norma-norma perikemanusiaan di sana.

Ini penting bagi anda yang anggap babak-babak yang tidak berakhlak ini adalah “nothing”, “takde ape lah”, “takkan tengok boleh terpengaruh”, dan yang sama waktu dengannya.

1) Bikini

Sebelum 19-20an, memakai bikini di pantai atau pakaian-pakaian yang serupa dengan bikini di mana-mana tempat adalah dikira kesalahan undang-undang, dikira indecent exposure oleh masyarakat Amerika. Sesiapa yang memakai bikini di depan khalayak, termasuk di pantai, adalah perbuatan jelek dan tak beradab pada masa itu, malah ia dikira salah di sisi undang-undang.

Hatta, memakai one-piece swimsuit (tutup dari bahu sampai paha) yang lebih sopan dari bikini pun adalah salah, sebagaimana kes Annette Kellerman pada 1907, yang ditahan pihak berkuasa dan dihukum kerana berpakaian tidak sopan. Berikutan kes itu, masyarakat liberalis di sana mula membantah undang-undang dan kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, hasilnya selepas 8 tahun, undang-undang tersebut dihapuskan di Amerika.

Walaupun undang-undang itu telah dihapuskan, namun masyarakat rata-rata masih takut untuk memakainya dengan bebas dan masih ramai yang menganggap perbuatan itu tidak beradab. Tapi, bermula dari 1940an, bermula lah satu era baru dalam dunia perfileman dimana pelakon-pelakon wanita mula mendedahkan tubuh mereka sedikit demi sedikit dan melakonkan aksi menggoda.

Puncak kepada penyebaran dakyah pemakaian seksi ni adalah pada filem-filem lakonan Marilyn Monroe dan aksi Marilyn di luar filem. Beliau dilihat sebagai ikon sexy yang dijadikan contoh ikutan muda mudi di Amerika waktu itu. Bahkan dijadikan idola dan sex icon. Hampir semua pemuda pemudi Amerika menampal poster Marilyn di bilik-bilik mereka.

Kemudian bercambahlah filem-filem yang mempunyai aksi berbikini, berbogel, dan adegan seks. Boleh baca sejarah tentang proses pengenalan pemakaian bikini dalam filem-filem yang mempengaruhi pemikiran masyarakat yang pada mulanya menganggap pakai bikini adalah biadap kemudian berubah jadi “ianya normal/biasa”.
https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_bikini#Rise_to_popularity

[+] HASILNYA = Minda masyarakat dari menganggap berbikini di khalayak itu adalah biadap telah berubah kepada “ianya normal dan biasa”. Lihatlah pakaian mereka pada hari ini. Dan pemakaian mereka cuba dibawa ke negara kita pula. Semuanya hasil PENGARUH MEDIA DAN FILEM.

2) Perkataan “Fuck”

Perkataan fuck telah digunakan oleh masyarakat yang berbahasa Inggeris sejak 1750an. Namun, perkataan itu dimasukkan ke dalam Oxford Dictionary hanya pada tahun 1972. Sebelum 1971, perkataan fuck, shit, cunt, semuanya adalah diharamkan oleh undang-undang untuk disiarkan samada dalam radio dan televisyen (Obscenity laws). Jika ianya ada di dalam skrip atau disebut oleh sesiapa di dalam recording, maka mereka wajib censor perkataan itu.

Bermula tahun 1960an, ramai masyarakat liberalis memperjuangkan hak freedom of expression (FE) di Amerika, mendakwa tidak patut kerajaan censor perkataan-perkataan tersebut, kerana menyebut perkataan itu tanpa censor adalah hak kebebasan bersuara. Ianya Human Rights, bagi mereka.

Antara pelopor utama yang memperjuangkan perkataan itu untuk disiarkan secara bebas adalah George Carlin. Dia adalah stand up comedian dan penyanyi, popular dengan lagu “Seven Words You Can Never Say on Television” di dalam albumnya Class Clown pada 1972. Rentetan dari album ini, dia ditahan polis selepas menyanyikan lagu ini dalam satu persembahan atas dakwaan violating obscenity laws.

Tercetusnya dari peristiwa itu, maka makin galak lah liberalis pada waktu itu memperjuangkan “hak asasi manusia” dengan menggesa kerajaan agar menghapuskan undang-undang obscenity. Dan George Carlin makin menyerlah apabila HBO Specials mengundangnya untuk program khusus Dirty Words/Forbidden Words secara terang-terangan tanpa censor di televisyen.
https://en.wikipedia.org/wiki/Seven_dirty_words#Availability

Alasan perjuangan mereka adalah, fuck bukan hanya membawa maksud bersetubuh, ia juga boleh jadi perkataan penguat bagi sesuatu ayat. Contohnya “This food is delicious”, ia dikuatkan dengan menambah “This food is fucking delicious”. Begitu juga perkataan “I don’t give a fuck”, yang didakwa tidak membawa nilai obscene atau sexual explicit. Hasilnya, beratus-ratus filem yang ditayangkan kini kebanyakannya mengandungi perkataan ini.

Kemuncak penggunaan perkataan fuck adalah pada filem Pulp Fiction di mana Samuel L Jackson menyebut “I dare you, I double dare you motherfucker, say “what” one more time”, ianya menjadi ikutan jutaan pemuda pemudi di Amerika pada waktu itu. Tahun 2015, filem Cop Car menjadi batu loncatan bagi puak liberalis apabila 2 pelakon kanak-kanak bawah 13 tahun menyebut fuck berulang kali dalam lakonan mereka.

[+] HASILNYA = Minda masyarakat dari menganggap perkataan fuck itu adalah biadap telah berubah kepada “ianya normal dan biasa”. Lihatlah kebanyakan filem-filem mereka pada hari ini. Era millennium kini kita dapat lihat perkataan itu telah menjadi perkataan sebutan biasa dalam perbualan masyarakat di sana, malah cuba dibawa ke negara kita dengan gambar-gambar memes. Semuanya hasil PENGARUH MEDIA DAN FILEM.

3) Seks Ketika High School

Sebelum tahun 1980an, masyarakat Amerika memandang perbuatan seks ketika belasan tahun adalah jelek dan tidak beradab. Malah, sehingga kini, undang-undang di Amerika menetapkan bahawa melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur 18 tahun adalah salah, kerana dikira minors under “age of consent”.

Namun, hasil pengaruh filem/drama dan puak liberalis, adegan-adegan seks ketika high school makin bercambah dengan banyaknya. Contohnya adegan seks selepas high school Prom night, atau selepas pesta Homecoming (amalan tradisi kebanyakan high school di Amerika untuk menyambut pelajar-pelajar yang akan mulakan sesi persekolahan selepas cuti panjang), atau adegan seks ketika field trip, picnic, cuti summer. Meskipun undang-undang tidak berubah, namun penayangan semua ini di dalam filem memberi kesan kepada akhlak remaja-remaja di sana.

Belum kita masuk babak dimana ibu bapa dalam lakonan itu seolah-olah redha atau gembira apabila dapat tahu anak mereka sudah ada pasangan, dan dalam filem juga dapat dilihat babak ibu bapa yang tidak kisah anak mereka membawa balik kekasih ke dalam bilik. Malah dalam filem Barely Lethal juga dapat dilihat si bapa siap berkata pada anaknya “Don’t forget to wear your condom”.

Ibu bapa di Amerika yang menonton filem-filem ini semakin menganggap perbuatan seks ketika remaja adalah perkara biasa. Kerana, mereka juga dahulu seperti itu cumanya mereka keep their secrets closed in their closet, bila tiba giliran anak mereka, mereka anggap ia wajar dibebaskan dan dibiarkan.

Ditambah lagi dengan mata pelajaran seks education yang sepatutnya menjauhkan remaja dari seks, tapi silibus mereka lebih kepada bagaimana melakukan “safe sex”, yakni tidak menghalang seks namun mengajar bagaimana melakukan seks selamat untuk tidak mengandung dan menjauhi penyakit berjangkit sahaja.

[+] HASILNYA = Remaja-remaja di Amerika kini hatta pada usia 13 tahun pun, sudah ada yang melakukan hubungan seks. Boleh dilihat pada kisah-kisah Mahkamah sivil mereka sejak tahun 2010 hingga kini, betapa banyaknya kejadian seks suka sama suka oleh remaja bawah umur. Semuanya hasil PENGARUH MEDIA DAN FILEM.

KESIMPULAN

Ya, kerosakan akhlak dalam masyarakat, perbuatan jelek ini semua, memang sudah ada dan sudah berlakupada masyarakat kita di Malaysia pada hari ini. Tidak dinafikan, telah wujud lama dah golongan LGBT, budak-budak mencarut, kes khalwat dan seks bawah umur di Malaysia. Namun, perbuatan ini masih being contained dalam ruang lingkup terhad, kerana ia dikira jelek, tidak beradab, dan dibenci masyarakat yang berfikiran waras.

Namun, atas pengaruh media dan filem lah, apabila ia semakin biasa dipaparkan pada filem-filem, drama dan apa pun rancangan, maka masyarakat akan makin rasa terbuka dan makin menganggap ia oerkara buiasa. Jangan perkara yang selama ini anak-anak kita malu/takut untuk buat, menjadi semakin tak takut/tak malu untuk buat.

Semua ketiga-tiga kerosakan akhlak yang saya ceritakan di atas, prosesnya bukan sekejap. Ianya berlarutan selama berpuluh tahun, barulah menampakkan hasilnya, merosakkan minda dan akhlak masyarakat. Itu juga boleh berlaku di Malaysia. Hasil pengaruh dan brainwash media dan filem yang ditayangkan di Malaysia, lama kelamaan memberi kesan dan bekas yang buruk kepada generasi akan datang.

Inikah yang kita mahukan? Anak-anak kita semakin terlalu bebas? Anak-anak kita semakin melampaui batas? Anak-anak kita semakin berfikiran terlampau terbuka? Sehingga anggap perbuatan-perbuatan tidak bermoral ini adalah hak kebebasan setiap individu? Adakah kita inginkan masa depan yang rosak akhlak dan moralnya?

Fikir-fikirkan


Tiada ulasan: