OLEH ERMIZI MUHAMAD
KUALA LANGAT : Ketika Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed
Azmin Ali meninjau keperluan nelayan di Jeti Nelayan Viking, di sini,
berlaku insiden bot dinaikinya kehabisan minyak di tengah laluan Sungai
Langat.
Walaupun
situasi itu mengundang rasa panik dalam kalangan beberapa pengiring
beliau, namun Mohamed Azmin tetap tenang sementara bekalan petrol baru
diisi.
SelangorKini difahamkan, Dato’ Menteri Besar sempat berjenaka bersama
pengiringnya bagi menenangkan mereka yang turut menaiki bot sama.
Antara pimpinan tertinggi yang turut mengiringi Mohamed Azmin adalah
Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib dan Ahli Parlimen Kuala Langat,
Datuk Abdullah Sani.
Terdahulu, Mohamed Azmin turun ke daerah Kuala Langat sebagai memenuhi program turun padangnya bersama kepimpinan negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Azmin turut mengambil peluang
menyantuni penduduk setempat di Kampung Sungai Lang Tengah, tengah hari
ini.
Beliau turut menyampaikan bantuan sumbangan kepada perajurit negara
yang cekal mempertahankan kedaulatan tanah air dan bumi Selangor.-NFN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan