Sabtu, 25 Februari 2017

PAS perlu masa pertimbang pakatan dengan PPBM

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: PAS perlukan masa untuk mempertimbangkan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS perlu mengambil pendekatan 'memilih' kerana tidak mahu 'sejarah lama' berulang.
 
"Kita ada pengalaman yang cukup banyak dalam pakatan politik... era sekarang ini kita kena pick and choose," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Bagaimanapun, katanya seperti yang diputuskan PAS pusat sebelum ini, PAS negeri dibenarkan untuk mengadakan program atau aktiviti bersama PPBM asalkan bukan dengan Amanah ataupun DAP.
 
Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang.
 
 

Tiada ulasan: