ANTARAPOS.COM
KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu menetapkan 4 Julai
ini sebagai tarikh mula bicara kes pengubahan wang haram membabitkan
bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dan isterinya serta seorang bekas
timbalan pengarah jabatan berkenaan.
Hakim Abu Bakar Manat yang mendengar sebutan semula kes itu hari, ini turut menetapkan 4 depan untuk pengurusan kes.
Perbicaraan kes dijadualkan sepanjang Julai dan Ogos bermula pada 4
hingga 7 Julai, diikuti 25 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos dan 22
hingga 25 Ogos.
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwaraya Husmaruddin Hussin
memberitahu mahkamah, pihaknya akan memanggil kira-kira 200 saksi
sepanjang perbicaraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan