ANTARAPOS.COM
SEPANG: Dua suspek wanita yang disiasat berhubung kes kematian abang
pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-nam akan dituduh di Mahkamah
Majistret di sini, esok.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengesahkan perkara itu
berkata, pihaknya telah menerima kertas siasatan daripada Polis Diraja
Malaysia (PDRM), baru-baru.
"Ya, kami telah terima kertas siasatan dan suspek akan didakwa esok,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tempoh reman kedua-dua wanita terbabit iaitu warga Indonesia, Siti
Aisyah, 25, dan warga Vietman, Doan thi Huong, 28, akan berakhir esok.
Mereka direman selama 13 hari bagi membantu siasatan berhubung kes
kematian Jong-nam yang dipercayai dibunuh di KLIA2, 13 Februari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan