Jumaat, 3 Februari 2017

MB ‘tenang’ bot lawat jeti nelayan habis minyak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

MB Kuala Langat (4)


KUALA LANGAT : Ketika Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meninjau keperluan nelayan di Jeti Nelayan Viking, di sini, berlaku insiden bot dinaikinya kehabisan minyak di tengah laluan Sungai Langat.

Walaupun situasi itu mengundang rasa panik dalam kalangan beberapa pengiring beliau, namun Mohamed Azmin tetap tenang sementara bekalan petrol baru diisi.

SelangorKini difahamkan, Dato’ Menteri Besar sempat berjenaka bersama pengiringnya bagi menenangkan mereka yang turut menaiki bot sama.

Antara pimpinan tertinggi yang turut mengiringi Mohamed Azmin adalah Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani.

Terdahulu, Mohamed Azmin turun ke daerah Kuala Langat sebagai memenuhi program turun padangnya bersama kepimpinan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Azmin turut mengambil peluang menyantuni penduduk setempat di Kampung Sungai Lang Tengah, tengah hari ini.

Beliau turut menyampaikan bantuan sumbangan kepada perajurit negara yang cekal mempertahankan kedaulatan tanah air dan bumi Selangor.-NFN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.