Ahad, 26 Februari 2017

Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN

ISMA WEB




KUALA LUMPUR – Sebanyak 300,000 pesakit jantung menerima rawatan sebagai pesakit luar sepanjang tahun lalu, berdasarkan rekod Institut Jantung Negara (IJN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohd. Azhari Ya­kub berkata, jumlah tersebut me­nunjukkan peningkatan berbanding tahun 2015, seramai 280,000 pesakit.

Katanya, jumlah pesakit jantung di negara ini meningkat an­tara lima hingga tujuh peratus setiap tahun.

Jelas beliau, peningkatan ini amat membimbangkan memandangkan pe­n­yakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di negara ini.

“Ia bukan sahaja melibatkan golongan berusia malah golongan muda seawal usia 20-an.

“Oleh itu, setiap orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan sejak awal,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, pesakit jantung biasanya terdiri dalam kalangan mereka berusia lingkungan 50-an di mana antara punca penyakit itu disebabkan tidak menjaga pemakanan, obesiti, merokok dan diabetes.

“Ini yang ingin kita tekankan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tidak hanya di kawasan bandar tetapi di luar bandar untuk memberi pemantauan dan penjagaan kesihatan diri dari awal lagi,” katanya

Tiada ulasan: