JOHOR BAHRU: Tiada kelibat kumpulan remaja berbasikal yang dikatakan
mahu menganjurkan perhimpunan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru di
sini, pagi ini.
Memetik laporan Berita Harian Online, tinjauan mendapati kawasan yang dicadangkan sebagai lokasi himpunan itu lengang.
Bagaimanapun kelihatan beberapa anggota polis dan trafik berkawal di sekitar dataran itu,
Terdahulu, penganjuran himpunan itu menjadi viral dalam laman Facebook
selepas beberapa kenyataan dimuat naik dikongsi sejak kelmarin.
Difahamkan, himpunan itu bertujuan menyatakan solidariti terhadap
kumpulan remaja berbasikal yang terlibat dalam rempuhan yang
mengakibatkan lapan daripadanya maut, minggu lalu.
Ia juga dikatakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemandu wanita yang
merempuh kumpulan remaja berbasikal berkenaan, yang kini dibebaskan
dengan jaminan polis.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul
Zaman Mamat, ketika dihubungi berkata pihak polis sentiasa bersiap-siaga
dengan sebarang kemungkinan di kawasan dataran berkenaan.
Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner
Sulaiman Salleh, dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai terutama
kumpulan berbasikal untuk tidak menganjur atau terbabit dengan mana-mana
perhimpunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan