shahbudindotcom
Balu
Adenan Satem, Jamilah Anu akhirnya diputuskan sebagai calon BN bagi
pilihanraya kecil Tanjung Datu yang akan diadakan pada 18 Februari ini.
Pilihanraya
kecil itu, yang penamaan calonnya pada 4 Februari ini, diadakan
berikutan kematian Ketua Menteri, Adenan Satem pada 11 Januari lalu.
Pemilihan
Jamilah ini, sama seperti yang dilakukan BN pada pilihanraya kecil
Kuala Kangsar lalu, di mana balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terbunuh
dalam nahas helikopter di Sarawak, Mastura Mohd Yazid dipilih bertanding
menggantikan tempat suaminya.
Dengan pemilihan Jamilah ini bermakna sekali lagi wanita dalam edah dipertaruhkan oleh BN sebagai calon.
Adakah amalan ini sesuatu yang sihat?
Apakah
tidak ada calon-calon lain yang boleh diketengahkan di Tanjung Datu
sehingga Jamilah, balu yang baru kematian suami, perlu diletakkan
sebagai calon?
Bukankah
Tanjung Datu kerusi yang cukup selamat bagi BN berikutan kecemerlangan
dan ketokohan Adenan Satem sebelum ini sehingga dikhabarkan, sesiapa
saja jika diletak sebagai calon, turut tidak banyak masalah untuk
memenanginya?
Lalu, mengapa Jamilah juga dijadikan pilihan?
Tiadakah tokoh-tokoh lain, khususnya pemimpin muda PBB yang boleh ditonjolkan sebagai calon BN di kerusi tersebut?
Sejujurnya,
meletakkan balu yang dalam edah dan baru kematian suami sebagai calon,
bukan saja tidak baik dari segi hukum agama, malah juga tidak sihat dari
segi peremajaan kepimpinan.
Ia dengan sendirinya menafikan calon-calon parti yang lebih muda dan berkelayakan untuk ditonjolkan sebagai pemimpin.
Gambaran
lain ialah seolah-olah BN sudah begitu ketandusan pemimpin pelapis yang
boleh diketengahkan sehingga tidak ada seorang pun yang layak dipilih
dan seterusnya mampu memenangi pilihanraya.
Sampai bila BN mahu bergantung kepada serta faktor undi simpati orang yang sudah meninggal dunia untuk menang pilihanraya?
Yang
lebih bahaya, amalan itu dengan sendirinya merangsang isteri-isteri
pemimpin yang sedia ada sekarang untuk turut berangan-angan dipilih
sebagai calon juga jika suami mereka meninggal dunia nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan