OLEH Nurul Izzah Anwar
Warga Kota Terbela, WilayahKu Sejahtera
Tanggal 1 Februari 1974 termaktublah Wilayah Persekutuan sebagai
negeri yang ditadbir secara langsung di bawah kerajaan persekutuan.
Dengan lantikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sebelumnya
diwujudkan sebagai suruhanjaya ibu kota, DBKL menerima mandat langsung
daripada Menteri dan bukan lagi menerusi pemilihan rakyat.
Saya mendesak agar kuasa diberikan kepada warga kota dan mungkin
sahaja usul agar jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dimansuhkan
lebih-lebih lagi untuk individu yang berkepentingan dalam parti
pemerintah.
Melewati 42 tahun sebagai warga kota, kita masih dibelenggu dengan
persoalan yang sama. Siapa sebenarnya bertanggungjawab untuk memelihara
kesejahteraan rakyat di Wilayah Persekutuan?
Saban isu yang dibangkitkan, deretan lubang di jalanan, lambakan pembangunan tanpa pantauan.
Soalnya dimana kesudahan dan apa jaminan penyelesaian? Izinkan saya
gariskan #5TuntutanWilayah yang wajib diberi perhatian tuntas oleh Datuk
Bandar dan Menteri:
1.Mencorak Pembangunan Seimbang,lestari dan Teratur – Kuala Lumpur
perlu dibangunkan secara seimbang dan perlu berteraskan aspirasi warga
kota yang turut dirasai oleh pelbagai latar belakang, khususnya warga
kota B40.
Mengamalkan urus tadbir yang baik dengan pelaksanaan tender terbuka
dan telus dalam pengagihan projek. Pengekalan garis panduan kepadatan
penduduk seperti yang ditetapkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur
2020.[1]
2.Menyelia Sistem Trafik yang berkesan, menambahbaik sistem Pengangkutan Awam-
Pengawalseliaan aliran trafik ketika waktu puncak, penggunaan
komposisi tar jalan yang berkualiti bagi mengurangkan kekerapan
pembaikpulihan jalan.
Semakan semula kontrak kutipan caj parkir di bawah Yayasan Wilayah
Persekutuan beserta pembatalan pengambilalihan tapak parkir yang
membebankan rakyat.
Kadar khas tambang pengangkutan awam mengikut latar belakang ekonomi seperti B40,pelajar dan warga emas.
Perlu wujud pemisahan kuasa yang jelas bagi mengelakkan salah guna
dana awam menerusi pilihanraya wajar diberi pertimbangan serius.
3.Menaiktaraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam yang Kondusif. Menyediakan lebih banyak perumahan awam mampu milik yang berkualiti
di samping mempercepatkan proses permohonan rumah PPR di Kuala Lumpur
kepada mereka yang berkelayakan.
Memperkemas sistem pengurusan sampah dan menyediakan tempat pembuangan sampah yang efisien.
Memantau kebersihan dan kesihatan awam demi menangani wabak penyakit
terutamanya denggi di samping meningkatkan infrastruktur dan kemudahan
PPR dan PA seperti taman permainan, lif dan surau.
4. Menambah Baik Sistem Perparitan dan Kawalan Banjir di Kuala Lumpur. Membersihkan sistem perparitan dan saliran air dengan menubuhkan unit
khas yang melibatkan pakar di samping mengemaskini status laporan
peruntukan RM15 juta yang disalurkan untuk atasi banjir kilat di Kuala
Lumpur.
5.Memelihara dan Memulihara Kawasan Hijau di Kuala Lumpur. Memastikan tidak ada lagi projek mahal tanpa kesan seperti projek
gergasi Taman Tugu yang dijangka menelan belanja RM650 juta kononnya
berlandaskan penghijauan Kuala Lumpur.
Adalah menjadi keutamaan semasa buat DBKL adalah untuk memulihara
hutan simpan seperti Bukit Gasing yang semakin terjejas dengan
pembangunan rancak melibatkan kelulusan Datuk Bandar.
Saya menggesa agar Datuk Bandar kembali menyerap semangat menjadi
pelindung warga kota yang menggariskan dasar-dasar pro rakyat dan bukan
hanya pro menteri.
Dana yang diperuntukkan sebanyak RM 2.871 billion kepada DBKL adalah
untuk memelihara kesejahteraan 1.76 juta penduduk warga kota, bukan
hanya mengeluarkan arahan untuk halwa telinga Menteri semata-mata.
Buat warga kota sekalian, Selamat Hari Wilayah.
* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Lembah Pantai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan