SELANGOR KINI
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah
berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan
persefahaman antara kedua-dua pihak.
Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan
Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir,
Timbalan Presiden PPBM.
Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama
persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa
ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama
antara kedua-dua parti.
Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan
tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua
parti pada satu tarikh terdekat.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk
membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil
tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh
kedua-dua parti.
DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan