shahbudindotcom
Dalam
ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib Razak tahun ini,
nama yang paling kerap disebutnya ialah Tun Mahathir Mohamad.
Walaupun
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu bukan lagi ahli UMNO, namun
Najib tetap memberi keutamaan dengan menyebut nama Tun Mahathir
berulang-ulang kali.
Berbanding
seorang lagi bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Abdullah
Ahmad Badawi, walaupun turut berada di Dewan Merdeka, beliau sebaliknya
seolah-olah dilupakan begitu saja oleh Najib.
Ketika
di media-media sosial mula terdengar kata-kata agar mereka yang bukan
lagi ahli UMNO tidak perlu sibuk-sibuk memperkatakan tentang Perhimpunan
Agung UMNO tahun ini, Najib malah seolah-olah menampakkan beliau "tidak
boleh hidup" tanpa menyebut nama Tun Mahathir.
Tetapi
dalam sidang media selepas Presiden UMNO itu menyampaikan ucapan
perasmiannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya
berbeza perkiraan dengan Najib.
Kata
Zahid, perwakilan dan ahli UMNO tidak perlu mengagung-agungkan tokoh
yang bukan lagi bersama dengan perjuangan parti itu kerana ia juga boleh
membawa kesan sampingan yang lain.
"Jika
nama seseorang itu diulang-ulang, walaupun dalam bentuk yang negatif,
akhirnya nama yang sudah tenggelam itu akan muncul semula.
"Lagi diasak lagi akan muncul, maka adalah lebih baik untuk dilupakan saja," pesan Zahid lagi.
Kenapa
Zahid memberi pesanan itu sedangkan beliau tahu Najib sendiri dalam
ucapan peramiannya menyebut nama Tun Mahathir dengan banyak kali?
Apakah
perwakilan dan ahli UMNO boleh mengabaikan daripada menyebut nama Tun
Mahathir, walhal Najib sudah menyebutnya berulang-ulang kali dan seperti
mahukan perwakilan serta ahli UMNO juga terus "membelasah" Pengerusi
PPBM itu?
Adakah
Zahid sedang cuba menguji pengaruhnya sama ada pesannya yang akan
didengari oleh perwakilan dan ahli UMNO atau "signal" daripada Najib
yang mereka ikuti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan