"Kami telah melancarkan jentera pilihan raya Amanah Johor dan saya sendiri akan memberikan komitmen penuh untuk projek ini," kata bekas ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal itu.
Salahudin adalah anak kelahiran Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor – satu kawasan paling hujung tanah besar Asia.
Beliau datang dari keluarga terpandang di kampung itu. Ayahnya adalah guru dan datuknya, guru besar Sekolah Kebangsaan Serkat, Cikgu Haji Awang Abd Hamid.
Turut akan memberikan tumpuan kepada Johor adalah Suhaizan Kaiat, bekas ketua pemuda Pas yang kini Setiausaha Organisasi Amanah.
Suhaizan dilantik sebagai pengarah kajian ke atas kesan persempadanan pilihan raya yang dicadangkan oleh SPR pada 15 September lalu.
Salahudin pernah bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 atas tiket Pas dan menang.
Dalam PRU 13 (2013) beliau membuat keputusan untuk kembali ke Johor dan bertanding kerusi Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya namun beliau kalah di kedua kerusi tersebut.
Salahuddin mengulangi hasratnya untuk bertanding di negeri Johor dalam pilihan raya akan datang.
Salahudin yakin, gabungan beliau dengan Tan Sri Muhyidin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menjadi kekuatan baru untuk menghadapi Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Paduan ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik terutama di negeri Johor, kubu Umno selama ini.
Salahudin dan Muhyiddin sudahpun berikrar untuk bekerjasama erat yang dilihat mampu menggugat Umno/BN – sekurang-kurangnya di negeri Johor - yang selama ini menjadi kubu kuat Umno.
Kedudukan Amanah kini semakin kukuh dan mendapat sambutan hangat dari rakyat seluruh negara.
Dalam masa yang sama melihat pula keadaan bagaimana ahli Umno yang semakin ramai meninggalkan parti itu untuk menyertai PPBM, menghantar isyarat bahawa kerjasama dua parti itu – walapun sangat muda – menjadi cabaran terkuat parti yang memerintah sekarang terutama di Johor.
Maka tidak mustahil perubahan akan berlaku di mana rakyat sudah sangat bosan dengan keadaaan negara yang dilanda pelbagai krisis berat.
Salahuddin mengulangi sokongan Amanah terhadap Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan bekerjasama dengan parti itu bagi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
Beliau berkata, selain PKR dan DAP, PPBM juga adalah parti yang penting untuk menyelamatkan Malaysia walaupun umur Amanah dan PPBM sangat muda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan