Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hanya akan
menyiasat 'ketidakpatuhan' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
sekiranya ia menerima aduan rasmi terhadap parti itu.
"Sekiranya kita terima aduan rasmi, kita akan membuat siasatan. Jadi
selepas kita buat siasatan, kalau aduan itu terbukti, kita akan ambil
tindakan dan mengeluarkan surat tunjuk sebab," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas 'ketikakpatuhan' parti
pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu yang masih menggunakan perkataan
BERSATU sebagai nama rujukan parti, berbanding akronim yang ditetapkan
ROS iaitu PPBM.
Parti baru itu dilihat enggan menghiraukan arahan ROS apabila terus
menerus menggunakan perkataan BERSATU berbanding PPBM dalam program
serta ceramah membabitkan mereka.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed
berkata, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, penggunaan nama BERSATU bagi
mempromosikan parti boleh menyebabkan pertubuhan itu dibatalkan kerana
jelas penggunaannya melanggar perlembagaan PPBM dan syarat-syarat dalam
akta berkenaan.
Untuk rekod, pendaftaran parti baru itu diluluskan pada 8 September
lalu, namun ROS menolak penggunaan akronim BERSATU sebaliknya menetapkan
penggunaan akronim PPBM terhadap permohonan berkenaan.
Sebelum ini beberapa pemimpin Umno melahirkan rasa kurang setuju dengan pemilihan perkataan BERSATU oleh parti itu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri tengku Adnan Tengku Mansor berkata,
perkataan itu sinonim dan sering digunakan, sekaligus boleh mendatangkan
kekeliruan kepada masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan