Selasa, 11 Oktober 2016

Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh nafi akan keluar parti

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MUAR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed menyangkal dakwaan bahawa beliau akan keluar parti, seperti yang diviralkan dalam media sosial sejak  Jumaat lepas.
 
"Ia (dakwaan) tidak betul. Ini adalah usaha pihak yang terdesak setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat sokongan daripada orang Pagoh," katanya dipetik kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, Isnin.
 
Ismail yang merupakan ADUN Bukit Serampang dilaporkan oleh sebuah blog sebagai individu yang bakal dilantik menjadi pengerusi PPBM Johor.
 
Menurutnya, beliau kesal dengan pihak yang sanggup menggunakan cara yang kotor bagi mencari pengaruh.
 
"Saya ingin menegaskan, Umno Bahagian Pagoh tetap akan terus berbakti kepada rakyat," katanya

Tiada ulasan: