Rabu, 5 Oktober 2016

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan
Sanjeevan (kiri) dan Gobind di luar mahkamah.
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan daripada tahanan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca), Julai lalu.

Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria selepas membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Sinti menarik balik rayuan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengurusan kes Pengerusi Mywatch 14 Oktober]

Terdahulu, Muhammad yang mewakili pegawai penyiasat Asistan Superintandan E K Poonnam dan Ketua Polis Negara sebagai perayu memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan dan menarik balik rayuan tersebut.

Di luar mahkamah, Gobind Singh Deo yang mewakili Sanjeevan berkata, beliau tidak dimaklumkan alasan penarikan balik rayuan itu.

"Kami hanya dimaklumkan mereka ingin menarik balik permohonan rayuan itu sahaja," katanya.

Pada 26 Julai lalu, mahkamah tinggi mengarahkan Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada perintah tahanan reman selama 21 hari yang dikenakan selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan bagi mencabar penahanannya.

Tiada ulasan: