ZALINAH NOORDIN
Kumpulan itu mendakwa
kejadian tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja
pembinaan di kawasan sekitar. - Foto TRP/Adib Hakim
BALIK PULAU, Lebih daripada sepuluh pemilik ladang buah-buahan bimbang apabila mata pencarian mereka terjejas akibat kejadian tanah runtuh.
Kumpulan itu mendakwa kejadian tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di kawasan sekitar.
Tambahnya lagi, mereka kini tidak boleh
memasuki kawasan tersebut berikutan ladang seluas 12 hektar itu rosak
teruk dan lebih dari seminggu mereka tidak turun ke ladang.
“Kami membina jalan ke ladang lebih
daripada lima tahun lalu dan tiada jalan lain lagi untuk memasuki ladang
itu kerana dikelilingi hutan.
“Kami risau kerana kerosakan ladang begitu teruk sehingga tiada jalan untuk kami masuk dan melihat kawasan sekeliling.
“Lebih-lebih lagi, sekarang adalah waktu
membenih tanah dan ia sangat penting bagi menghasilkan hasil buah yang
berkualiti,” kata Keong Swee Lok, 68, pemilik ladang buah-buahan seluas
14 hektar.
Antara buah-buahan yang ditanam di sini adalah termasuk durian, rambutan, mangis dan buah-buahan bermusim yang lain.
Keong dan rakan-rakan yang lain meminta
bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah
Headan Ayoob Hussain Shah yang membuat lawatan ke kebun tersebut hari
ini.
Shah Headan menggesa campur tangan
kerajaan negeri untuk mengemukakan perkara ini kepada pemaju projek
supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi para petani.
“Saya tidak pasti apa projek yang
dijalankan di sini. Tetapi saya difahamkan satu lagi projek pembinaan
chalet kini dijalankan di sini.
“Ini bukan Bukit Laksamana tetapi jika
benar maka ia boleh menimbulkan banyak persoalan kerana arahan
memberhentikan kerja pembinaan telah dikeluarkan pada April 2014 dan
Januari 2015.
“Jika benar projek itu yang menyebabkan kerosakan ladang, pemaju mesti bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini.
Pada bulan Jun tahun ini, Bukit Laksamana
dilanda kontroversi selepas cerun bukit itu diratakan untuk membina 36
buah chalet di mana tiga daripadanya telah siap.
Terdahulu, Shah Headan Ayoob bersama
media meninjau ke kawasan kejadian yang membawa kepada ladang yang
terletak di lereng bukit Teluk Bahang.
Kawasan lereng bukit Bukit Laksamana ditemui telah dibersihkan dan diratakan bagi membina jalan merah sepanjang tiga kilometer.
Kawasan yang terjejas sebesar 3.24 hektar
itu terletak kira-kira 800 meter dari Sungai Endoi iaitu sumber air
utama Teluk Bahang Dam.
Pemilik ladang lain, Anuar Ahmad, 42,
berkata beliau tidak mengetahui jika projek itu penyebab kepada
kerosakan jalan tetapi pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini.
“Jika betul jalan tersebut rosak akibat
projek pembinaan yang dijalankan maka pemaju perlu bertanggungjawab
sebagaimana mata pencarian kami dipertaruhkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan