TIDAK pernah lari daripada kontroversi ke mana saja
kakinya melangkah, selebriti sensasi, Azwan Ali mengesahkan telah
menolak semua jemputan untuk menghadiri mana-mana majlis berprestij
sejak kembali daripada menunaikan umrah, beberapa bulan lalu.
Menurutnya, tindakan itu diambil setelah menyedari kehadirannya di majlis-majlis tersebut hanya diperalatkan oleh pihak penganjur.
“Selepas balik dari tunaikan umrah kali ke lapan, Azwan Ali tolak semua jemputan kerana tiga isu iaitu melibatkan restoran, Nabil dan kemalangan jalan raya. Kontroversi itu datang berterusan, jadi, mungkin itu signal dari Tuhan supaya saya ‘tone down’.
“Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatkan.
“Selepas itu, saya melarikan diri daripada sebarang ‘spotlight’ atau kamera dan sehinggalah hari ini (semalam), akhirnya saya muncul kembali di Sinar Harian,” katanya kepada Sinar Online dalam satu temu bual khas, semalam.

Dalam pada itu, pengacara yang sering dihimpit dengan pelbagai
kontroversi ini juga melahirkan kekecewaan apabila setelah 27 tahun
dalam industri, dia hanya dijemput sebagai tetamu dalam mana-mana majlis
anjuran stesen-stesen TV tertentu.
“Berpuluh-puluh program stesen TV, apa masalahnya sehingga saya hanya diundang sebagai tetamu?
“Saya tidak minta jadi pengacara. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang
sebagai penyampai anugerah ataupun segmen khas,” katanya.
Azwan juga mengakui setelah pulang menunaikan umrah kali ke lapan pada
Julai lalu, dia telah menutup laman mikro Twitternya dan hanya
menggunakan laman Instagram untuk berinteraksi dengan
peminat-peminatnya.
“Saya lebih tenang apabila tutup Twitter. Jika tidak, setiap hari saya
tertekan dengan komen-komen negatif termasuk makian yang penuh di
‘timeline’ saya.
“Sekarang saya hanya guna Instagram untuk update apa-apa perkembangan dan aktiviti Azwan Ali,” katanya.
Ketika ditanya perkembangan terbaru mengenai dirinya, Azwan Ali akui
masih bergiat aktif dengan persembahan bagi program-program tertutup
serta telah berjinak dengan perniagaan online, rendang hasil resepi
ibunya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan