MALAYSIAKINI
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pekida mahu polis menyiasat Naib Ketua
Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana didakwa
membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme
Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang
Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di Bukit Mertajam hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau mendakwa
laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB,
malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang.
Terdahulu, kira-kira 80 individu yang mewakili NGO Melayu di Pulau
Pinang termasuk Pekida dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berkumpul
secara aman di luar IPD berkenaan.
Pada 13 Disember lepas, Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi,
Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak
milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan