NAHAS QZ8501
7.00pm: Agensi berita dpa melaporkan sebuah kapal tentera laut Indonesia berjaya mengesan ekor pesawat AirAsia yang terhempas di dasar laut.
"Kami berjaya mengesan ekor pesawat menggunakan sonar imbasan sisi," kata Kolonel Yayan Soyan dalam Metro TV.
Menurutnya, objek itu berada di dasar laut pada kedalaman 29 meter.
6.35pm: Pesawat Korea Selatan P3-C Orion KN-01 mengesan enam mayat, termasuk tiga penumpang yang duduk di barisan yang sama dalam pesawat malang itu.
"Selepas mencari selama dua jam, mereka ternampak tiga mayat duduk di barisan yang sama," demikian menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh unit komunikasi tentera Indonesia, lapor detik.com.
Pesawat Korea Selatan itu bagaimanapun, buat masa ini telah pulang ke pangkalan.
Lokasi nahas kubur kapal WW11
6.10pm: Laut Jawa, tempat tumpuan carian rangka QZ8501, juga merupakan kubur kapal Perang Dunia II, lapor detik.com.
Kehadiran rangka kapal perang yang karam di situ menjejaskan ketepatan carian menggunakan teknologi moden.
Oleh itu, apabila pasukan pencari mengesan kehadiran objek logam di kawasan itu, ia tidak semestinya rangka pesawat malang berkenaan.
Kawasan itu merupakan lokasi Pertempuran Laut Jawa pada 27 Februari 1942, di mana pasukan kapal perang Berikat yang terdiri daripada Belanda, Amerika Syarikat, kapal-kapal British dan Australia, dikalahkan oleh tentera Imperial Jepun mengakibatkan kehilangan lima kapal perang dan 2,300 orang, manakala pasukan Jepun hanya kehilangan sebuah kapal pemusnah mereka.
Carian kotak hitam
5.45pm: Oleh kerana laut bergelora, operasi mencari kotak hitam pesawat itu telah dihentikan buat masa ini, kata Basarnas dalam laporan detik.com.
"Keadaan laut tidak membolehkan carian itu diteruskan buat masa ini," kata Ketua Basarnas Supriyadi.
4.45pm: Seorang daripada tiga yang dikenal pasti - Grayson Herbert Linaksita - adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Ketua DVI, Budiyono berkata Grayson menaiki penerbangan itu bersama dua lagi anggota keluarga dengan pangkal nama sama - Kathleen Fulvia Linaksita, 12 tahun dan Tony Linaksita, lapor detik.com.
Hubungan sebenar di antara ketiga-tiga mereka belum dapat ditentukan.
Mayat yang berjaya dikenal pasti diserahkan kepada keluarga.
4pm: Tiga lagi mayat dikenal pasti berdasarkan sampel DNA, rekod pergigian dan kaedah-kaedah lain.
Ketua pasukan mengenal pasti mangsa nahas (DVI) Budiyono berkata mereka yang dikenal pasti adalah Grayson Herbert Linaksita, Khairunisa Haidar Fauzi, dan Kevin Alexander Sutjipto, lapor detik.com
Semua mereka adalah rakyat Indonesia.
3.30pm: Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan dilaporkan berang dengan AirAsia Indonesia kerana didakwa tidak mengikut prosedur, lapor detik.com.
Ini ekoran lawatan menteri itu ke ibupejabat syarikat penerbangan itu dekat Jakarta untuk memantau prosedur pra-penerbangan, di mana beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap pelanggaran prosedur.
Ia melaporkan Jonan berang kerana sebelum berlepas, juruterbang sepatutnya mendapatkan taklimat terus dari pegawai operasi penerbangan, terutama mengenai keadaan cuaca.
Namun selama ini, AirAsia hanya bergantung kepada lamanweb Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik, lapornya memetik pembantu Jonan - Hadi M Djuraid sebagai berkata.
Solat jenazah ghaib
3.20pm: Satu jemaah seramai lebih 5,000 orang mengadakan solat jenazah ghaib buat mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat QZ8501.
Solat itu berlangsung di Masji Makassar, Al Markaz Al Islami di Sulawesi Selatan.
Kapal pencari Jepun turut serta
2.41pm: Kapal Angkatan Pertahanan Maritim Jepun, JS Ohnami dan JS Takanami berlepas dari Pelabuhan Klang di Malaysia jam 7 pagi ini menuju ke kawasan pencarian, lapor Channel News Asia.
Dua lagi mayat turut dibawa helikopter US Seahawk dari kawasan pencarian dan tiba di Pangkalan Bun.
1.30pm: Pramugari Khairunisa Haidar dikenal pasti sebagai antara 10 mayat yang dibawa naik ke darat, lapor akhbar Singapura Straits Times.
Ia dikenal pasti menerusi seragam merah dengan tanda nama 'Khairunisa".
Mayat beliau disimpan dalam keranda ditanda "No. 004" yang kini berada di Surabaya.
12.10pm: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter be;iau mengumumkan tiga kapal akan mengendalikan Underwater Marine Detection System (Side-scan Sonar dan Pinger Locator) untuk mencari rangka pesawat.
11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan, kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.

5.25pm: Setakat ini, 22 mayat telah ditemui, kata pengarah Basarnas Supriyadi dalam satu sidang akhbar hari ini, lapor detik.com.
Katanya, daripada jumlah itu, lapan adalah di Surabaya, 10 masih di Pangkalan Bun dan empat lagi atas 'kapal USS Sampson.
4.45pm: Seorang daripada tiga yang dikenal pasti - Grayson Herbert Linaksita - adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Ketua DVI, Budiyono berkata Grayson menaiki penerbangan itu bersama dua lagi anggota keluarga dengan pangkal nama sama - Kathleen Fulvia Linaksita, 12 tahun dan Tony Linaksita, lapor detik.com.
Hubungan sebenar di antara ketiga-tiga mereka belum dapat ditentukan.
Mayat yang berjaya dikenal pasti diserahkan kepada keluarga.
4pm: Tiga lagi mayat dikenal pasti berdasarkan sampel DNA, rekod pergigian dan kaedah-kaedah lain.
Ketua pasukan mengenal pasti mangsa nahas (DVI) Budiyono berkata mereka yang dikenal pasti adalah Grayson Herbert Linaksita, Khairunisa Haidar Fauzi, dan Kevin Alexander Sutjipto, lapor detik.com
Semua mereka adalah rakyat Indonesia.
3.30pm: Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan dilaporkan berang dengan AirAsia Indonesia kerana didakwa tidak mengikut prosedur, lapor detik.com.
Ini ekoran lawatan menteri itu ke ibupejabat syarikat penerbangan itu dekat Jakarta untuk memantau prosedur pra-penerbangan, di mana beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap pelanggaran prosedur.
Ia melaporkan Jonan berang kerana sebelum berlepas, juruterbang sepatutnya mendapatkan taklimat terus dari pegawai operasi penerbangan, terutama mengenai keadaan cuaca.
Namun selama ini, AirAsia hanya bergantung kepada lamanweb Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik, lapornya memetik pembantu Jonan - Hadi M Djuraid sebagai berkata.
Solat jenazah ghaib
3.20pm: Satu jemaah seramai lebih 5,000 orang mengadakan solat jenazah ghaib buat mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat QZ8501.
Solat itu berlangsung di Masji Makassar, Al Markaz Al Islami di Sulawesi Selatan.
Kapal pencari Jepun turut serta
2.41pm: Kapal Angkatan Pertahanan Maritim Jepun, JS Ohnami dan JS Takanami berlepas dari Pelabuhan Klang di Malaysia jam 7 pagi ini menuju ke kawasan pencarian, lapor Channel News Asia.
Dua lagi mayat turut dibawa helikopter US Seahawk dari kawasan pencarian dan tiba di Pangkalan Bun.
2.35pm: Seramai 46 ahli gereja Mawar Sharon di Surabaya terlibat dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501.
Detik.com memetik Prasetyo dari gereja tersebut, sebagai berkata daripada jumlah itu, 20 menyertai rombongan oleh syarikat Universal.
Sementara itu, menurut tweet Basarnas, usaha SAR akan dipergiatkan kerana bimbang mayat cepat reput di laut.
Penyelam tentera dikerahkan
2.10pm: kapal tentera laut Indonesia KRI Banda Aceh akan tiba di lokasi nahas QZ8501 dengan jam 3 petang ini (waktu Malaysia), demikian menurut Jakarta Post.
Kapal itu membawa 57 penyelam tentera laut Indonesia dari unit Komando
Pasukan Katak (Kopaska) untuk membantu mendapatkan serpihan pesawat dan
mayat yang mungkin masih diikat di tempat duduk mereka.
Anak kapal pertama dikenal pasti
1.30pm: Pramugari Khairunisa Haidar dikenal pasti sebagai antara 10 mayat yang dibawa naik ke darat, lapor akhbar Singapura Straits Times.
Ia dikenal pasti menerusi seragam merah dengan tanda nama 'Khairunisa".
Mayat beliau disimpan dalam keranda ditanda "No. 004" yang kini berada di Surabaya.
12.10pm: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter be;iau mengumumkan tiga kapal akan mengendalikan Underwater Marine Detection System (Side-scan Sonar dan Pinger Locator) untuk mencari rangka pesawat.
12.05pm: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menghantar ucapan takziah kepada waris mangsa nahas.
12.00pm: Dua mayat tiba pagi ini - seorang lelaki
dewasa dengan ketinggian kira-kira 164sm memakai baju-T berlengan pendek
warna merah dengan tulisan "vintage radio", dan mayat seorang wanita
dengan ketinggian kira-kira 155sm yang memakai cincin pada jari tengah,
memakai seluar biru dan blaus putih tanpa lengan, lapor Channel NewsAsia.
11.45pm: Tiupan mengejut ke bawah angin yang dikenali
sebagai 'microbursts' mungkin antara punca nahas pesawat QZ8501,
demikian menurut pakar meteorologi yang dipetik di New Straits Times
hari ini.
Menurut laporan itu, kelajuan angin dari tiupan itu boleh melebihi 270
kilometer sejam, dan Jabatan Metrologikal Malaysia telah mengesahkan
kehadiran awan hujan (cmulonimbus) pada hari kejadian itu, yang
seterusnya, boleh menyebabkan 'microbursts' itu.
Tekanan di sekitar kawasan itu akan berubah secara drastik kerana tiupan
secara tiba-tiba angin kuat, menjadikannya amat sukar untuk juruterbang
mengawal pesawat, kata penyelidik penerbangan Mohd Harridon Mohamed
Suffian yang dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia boleh
menyebabkan sayap pesawat patah.
Satu lagi senario yang mungkin berlaku, menurut Mohd Harridon,
kemungkinan sama dengan yang berlaku dalam nahas penerbangan 447 Air
France pada 2009, di mana ais terbentuk dan menyumbat instrumen pesawat.
Ini mengakibatkan bacaan yang tidak betul disalurkan kepada autopilot
dan anak kapal, dan membawa kepada kesilapan dalam membuat keputusan
untuk mendaki sehingga pesawat terhenti.
Punca nahas QZ8501 masih tidak diketahui, tetapi pelbagai laporan media juga menyentuh senario seperti yang berlaku kepada AF447
11.10am: Enam mayat yang ditemui oleh USS Sampson akan diterbangkan ke Pangkalan Bun menggunakan helikopternya sendiri, lapor Metro TV.
Sepuluh mayat telah dibawa ke pantai.
Dengan enam mayat itu, jumlahnya menjadi 16 mayat yang telah ditemui, kata Pengarah SAR Pangkalan Bun, Supriyadi.
11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan, kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.
Sejumlah 29 kapal dan 17 pesawat terlibat dalam operasi mencari kotak hitam dan rangka pesawat hari ini, kata Basarnas.
10.45am: 9news Australia hari ini melaporkan Dudi
Sudibyo, seorang editor kanan majalah penerbangan Angkasa, membuat
spekulasi bahawa QZ8501 mungkin membuat pendaratan kecemasan di atas
air, yang menjelaskan mengapa pemancar pengesan kecemasan (ELT) tidak
diaktifkan.
The ELT menghantar isyarat kecemasan apabila pesawat terhempas, dan
Sudibyo menjelaskan pendaratan di permukaan laut tidak akan
mengaktifkannya.
Beliau juga mengesyaki pesawat itu mungkin tenggelam selepas pendaratan itu ekoran laut yang bergelora.
Laporan itu juga memetik Chappy Hakim, seorang bekas komander tentera
udara memberitahu AFP bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan tiada
tanda-tanda berlaku letupan.
Kesimpulannya setakat ini ialah pesawat itu tidak meletupkan di udara,
dan ia tidak mengalami kesan impak apabila ia mencecah permukaan air
berdasarkan kepada keadaan mayat.
Bekas menteri pengangkutan Jusman Syafii Djamal dilaporkan berkata,
penemuan gelongsor penyelamat menyokong teori itu, kerana ia menunjukkan
ada percubaan untuk keluar dari pesawat.
Djamal yakin penemuan gelongsor itu menunjukkan "seseorang telah
membukanya" dan berkata, "para penumpang mungkin telah menunggu
pramugari untuk mengembung rakit apabila gelombang besar menenggalamkan
pesawat itu, lapor rangkaian media Australia itu.
16 mayat ditemui setakat ini
10.30am: Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa 16 mayat telah ditemui, lapor detik.com.
Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas), bagaimanapun,
berkata beliau hanya bersedia untuk mengesahkan 10 mayat untuk
mengelakkan kekeliruan.
Beliau berkata, apa yang telah disahkan kepadanya ialah 10 mayat.
10.05am: Keadaan laut dilaporkan lebih tenang hari ini dan operasi SAR diperhebatkan.
Tujuh lagi mayat ditemui, satu oleh tentera laut Diraja Malaysia.
9.54am: Menurut Channel News Asia, tujuh lagi mayat telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di Laut Jawa.
Salah satu mayat ditemui oleh Tentera Laut Malaysia manakala enam yang lain oleh kalapa USS Sampson.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan