KEADILAN DAILY
BANGI : Pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri Kajang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dengan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili BN.
Pegawai pengurus pilihan raya, Hasan Nawawi Abdul Rahman kira-kirra jam 10 20 pagi ini mengumumkan proses penamaan calon selesai dan hanya dua calon yang menghantar borang penamaan.
Dr Wan Azizah, calon KEADILAN dicadang oleh Muhamad Fadli bin Ahmad disokong Sia Wei Shien.
Lebih 2,000 penyokong Pakatan berhimpun di tapak letak kereta Pusat latian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN ) Bandar Baru Bangi menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang diketuai Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah ditemani suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keduanya sedondon berbaju biru muda bersama pemimpin Pakatan termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim.
Turut hadir Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, AJK Pas Pusat Dr Dzulkefley Ahmad ahli parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong.
Penyokong yang hadir turut membawa sepanduk tertera potret Wan Azizah dan sepanduk bertulis ‘Dari Kajang Ke Putrajaya’ .
Dr Wan Azizah menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlucut kelayakan untuk bertanding apabila Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam kes Fitnah II oleh Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu.
Seramai 39,278 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 38,055 pengundi biasa akan mengundi dalam PRK Kajang melibatkan 19,612 pengundi lelaki dan 19,666 pengundi wanita.
Tarikh PRK DUN Kajang adalah pada Ahad 23 Mac 2014, manakala pengundian awal akan dijalankan pada hari Rabu, 19 Mac 2014 membabitkan 1,977 pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan