Sabtu, 29 Mac 2014

Rakyat Sarawak teruja, kagum kejayaan pengurusan Selangor

Oleh: ASRI SAPFIE

SHAH ALAM: Kejayaan serta kecekapan Selangor dalam menjaga kebajikan rakyatnya terus menarik perhatian masyarakat di negeri lain.

Kira-kira 30 orang rakyat Sarawak dalam satu sesi lawatan ke Selangor melahirkan rasa teruja dan kagum dengan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dijalankan di negeri itu.

IMG_7626aDalam lawatan singkat itu, mereka
didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang disusun Kerajaan Selangor bagi memastikan kebajikan rakyat negeri itu sentiasa di tahap yang optimum.

Antara aktiviti yang menarik minat mereka adalah Program Pemberdayaan Wanita (PWB) di bawah kendalian Exco Wanita dan Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail, yang memberi peluang kepada golongan terbabit meningkatkan taraf hidup keluarga dengan aktiviti yang menjana pendapatan sampingan seperti kraftangan dan urutan.

Pada program lawatan selama seminggu itu, wakil dari Sarawak berkenaan dapat belajar cara penanaman sayuran, memasak kuih tradisional dan penerangan aspek keselamatan wanita, yang mana semua aktiviti itu anjuran PWB cawangan Batu Tiga.

IMG_7597aRodziah berkata, rakyat di negeri Serawak sudah mula berfikiran terbuka dan sentiasa mencari sesuatu yang dapat memajukan diri serta ekonomi mereka di sana.

“Program lawatan ini adalah hasil inisiatif mereka sendiri dan kita menerima kedatangan semuanya dengan hati yang terbuka.

“Mereka akan jadi duta kecil untuk Selangor. Setiap pengalaman mereka di sini sedikit sebanyak dapat membuka mata penduduk di Sarawak berkenaan pelaksanaan program dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat mampu lakukan,” katanya.
-NFN-

Tiada ulasan: