anwar


PETALING JAYA - Posisi Presiden PKR yang disandang Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ditentang suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azizah menjawat posisi Presiden parti bermula 1999 manakala Anwar dipilih selaku Ketua Pembangkang sejak 2008.

Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.

Manakala, Anwar dilantik jawatan Ketua Pembangkang  selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008 hasil kata sepakat rakan PR terdiri Pas dan DAP.

Manakala Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali kekal mempertahankam kerusinya pada Jawatankuasa Pemilihan Pusat 2014 bakal berlangsung Mei depan.

Ahli Parlimen Gombak itu berdepan pertembungan lima penjuru bagi merebut posisi Timbalan Presiden PKR iaitu bakal ditentang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail,  Datuk K Ramachandram, Mohamad Azmin Ali dan Murali Subramaniam.