Selasa, 11 Mac 2014

“Kini bukan masa berlembut dengan Umno-BN”

Nazar Hashim
dsai_ceramah_sbrg_jaya

SEBERANG JAYA: Melihat perancangan Umno-BN bagi menyerang Pakatan Rakyat, tidak ada lagi ruang untuk bertolak ansur dengan mereka, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka (BN) menggunakan pelbagai penipuan dan fitnah untuk mengekalkan kuasa.

“Kini bukan lagi masa untuk berlembut dengan kerajaan Umno-BN yang semakin zalim dan pembohong.

“Rakyat mesti sokong Pakatan Rakyat untuk menentang kezaliman Umno-BN dengan membalas serangan mereka,” kata Anwar ketika berucap di hadapan lebih lima ribu hadirin yang membanjiri tapak ceramah Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, semalam

Kata Anwar, rakyat tidak boleh lagi membiarkan kezaliman, gelagat jahat dan zalim pimpinan Umno-BN.

Tambahnya, Umno-BN kini ‘bermain kasar’ apabila menggunakan mahkamah untuk menghalangnya bertanding di pilihan raya DUN Kajang.

Anwar turut mengulas perbicaraan tuduhan hasutan keatas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang akan diputuskan esok.

“Mereka menyalahgunakan kuasa dengan menjadikan mahkamah sebagai alat untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

Lebih 5,000 hadir mendengar ceramah Anwar di Seberang Jaya, Pulau Pinang
Lebih 5,000 hadir mendengar ceramah Anwar di Seberang Jaya, Pulau Pinang

“Selepas penamaan calon PRK Kajang, Pakatan akan berarak ke Mahkamah Tinggi bagi menunjukkan sokongan moral kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana penyalahgunaan kuasa Umno-BN.

“Kita sudah tidak ada masa lagi untuk berlembut dengan mereka. Umno-BN mesti ditentang habis-habisan, ” ujar beliau lagi.

Tambahnya, Pakatan Rakyat mengambil keputusan tegas apabila membuat keputusan hanya akan hadir pada hari pertama persidangan parlimen sebagai taat setia kepada Yang Dipertuan Agung.

“Jika kita telah lancarkan ‘perang’ terhadap Umno-BN, kita mesti berperang habis-habisan demi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa seperti yang mereka lakukan terhadap pimpinan Pakatan,” kata Anwar disambut laungan reformasi dan takbir hadirin.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Sampai sekarang tiada sesiapapun menafikan air mani Anwar ada dalam dubur Saiful. Majlis Peguam menyatakan berlaku hubungan secara sukarela. Buktikan hang bukan homoseks. Allah menolong orang yang benar

maie1958 berkata...

apa yang kau cakap ni mat...nak komen dengar cerita sepenuhnya bukan dari utusan dan tv 3suku...!