Sabtu, 29 Mac 2014

Karpal Undur Sebagai Pengerusi DAP, Sementara Tunggu Rayuan Kes Hasutan

MSTAR ONLINE


Karpal Singh

Karpal Singh.


PETALING JAYA: Karpal Singh mengundurkan diri sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP, sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan kes di bawah Akta Hasutan baru-baru ini.

Timbalan pengerusi parti itu Tan Kok Wai, yang juga Ahli Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku pengerusi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Karpal berkata, beliau tidak dapat memegang jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP, sehingga sabitan itu diketepikan atau dikurangkan denda di bawah RM2, 000.

"Dalam keadaan ini, saya secara terbuka mengumumkan bahawa saya, sementara menunggu rayuan saya kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah difailkan, saya mengundurkan diri sebagai pengerusi DAP.

"Sementara itu, timbalan pengerusi, Tan Kok Wai, akan bertindak pengerusi," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, Karpal berkata, beliau tidak akan merendahkan dirinya dengan memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk dari permohonan kelayakan sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

"Saya akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Pemimpin DAP itu didenda RM4, 000 oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac , di bawah Seksyen 4 (1 ) (b ) Akta Hasutan 1948, kerana mempersoalkan pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak pada 6 Februari 2009.

Tiada ulasan: