Jumaat, 28 Mac 2014

Kadar pengangguran Januari tidak berubah pada 3.3%

THE MALAYSIAN INSIDER


Kadar pengangguran bagi bulan Januari 2014 di Malaysia tidak berubah pada 3.3% berbanding bulan yang sama tahun lepas, namun 0.3% lebih tinggi berbanding Disember 2013, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

Kadar pengangguran mengukur peratusan penduduk dalam negara yang menganggur.

Jabatan itu juga berkata kadar penyertaan tenaga pekerja meningkat kepada 13,800 orang atau 0.1%, menjadikan jumlah keseluruhan 13.99 juta pada Januari berbanding 13.97 juta pada Disember tahun lepas.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga kerja meningkat 2.2% berbanding 65.6% pada Januari 2013. – Bernama

Tiada ulasan: