Khamis, 27 Mac 2014

Tribunal Rakyat : BN kalah PRU13 jika tiada undi awal

IMG_4197

LYN NASIR


SUBANG 26 MAC : BN akan kalah jika tiada undi awal, kata Yash Phal Ghai dalam Pembentangan LaporanTribunal Rakyat berhubung Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lalu di Subang, semalam.

Pengerusi Tribunal Rakyat itu memetik laporan Merdeka Centre, BN akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 sekiranya tiada undi awal.

Jelasnya lagi, kemenangan BN dalam PRU lalu yang dipengaruhi undi awal memberi implikasi besar kerana majoriti rakyat tidak mengiktiraf kemenangan tersebut.

“Seseorang calon yang tidak menang dapat membuktikan tentang kehilangan 1605 undi di kawasannya, sedangkan lawannya hanya menang dengan majoriti yang kecil.

“Dia kalah dengan 460 undi, sudah tentu jika peti undi tidak hilang, perbezaan keputusan sudah pasti besar,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan agar suruhanjaya yang mengendalikan pilihanraya untuk bertindak bebas dan tudak menyebelahi mana-mana parti dalam setiap pilihanraya.

“Undang-undang perlu diubah untuk memastikan suruhanjaya Pilihanraya benar-benar bebas dari pengaruh kerajaan.

“Suruhanjaya juga perlu melaksanakan sesuatu pilihanraya bukan mengikut arahan kerajaan, sebaliknya pilihanraya harus dijalankan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang,” ujarnya lagi

Tiada ulasan: