Jumaat, 28 Mac 2014
MH370: Amerika hantar Poseidon kedua ke Perth
Amerika Syarikat (AS) menghantar pesawat P-8 Poseidon keduanya ke Perth, Australia bagi membantu usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.
Kedutaan AS dalam satu kenyataan hari ini berkata pesawat itu akan berlepas dari pangkalannya di Okinawa, Jepun hari ini bagi menyertai misi tersebut.
"Keadaan cuaca buruk termasuk potensi suasana berais menjadikan kehadiran pesawat P-8 yang direka untuk semua keadaan cuaca, amat berharga," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut Armada Pasifik AS menggerakkan pengesan sonar 'Towed Pinger Locator Hydrophone' dan 'Bluefin-21' ke Perth, sebagai persediaan mengesan kotak hitam MH370 andai objek yang ditemui disahkan serpihan pesawat itu.
Ini bagi membolehkan aset itu segera dikerah memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam tersebut adalah singkat, kata kenyataan tersebut. – Bernama,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan