Sabtu, 22 Mac 2014

Khalid Samad Perlekeh Program Selawat Perdana

alt
 
Bariq Ramadhan 
 
 
KAJANG  - Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad memperlekehkan program Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul memandangkan program tersebut merupakan anjuran pro Kerajaan Persekutuan.
 
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata tindakan kerajaan menganjurkan program agama tersebut bagi berselindung bahawa kononnya kerajaan tidak telus dalam pemerintahan di negara ini.
 
"Mahu berselawat kepada S.W.T memang digalakkan dan baik tetapi tidak memadai dengan hanya sekadar menyatakan kasih kepada Rasulullah.. Pada masa sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup.
 
"Jangan guna agama untuk menipu rakyat.. berselindung disebalik agama (untuk) mempertahankan kezaliman dan rasuah. UMNO/BN tiba-tiba mahu menjadi pejuang agama?," katanya ketika berceramah di hadapan kira-kira 5,000 pengungjung Perhimpunan Reformasi 2.0 Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman, malam semalam.
 
Disamping itu, Khalid turut mempersenda kehadiran Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertelekung semasa menghadiri program agama dikhaskan untuk berselawat kepada Rasulullah S.W.T.
 
"Saya baru terima gambar melalui aplikasi Whatsapp iaitu Rosmah bertudung, bertelekung dalam program berselawat di Putrajaya," katanya dengan nada sinis.
 
 
Rakyat News
 
 
Malam semalam, program Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul berjaya menarik mencecah 500,000 kehadiran itu dianjurkan bagi menghimpunkan umat Islam, tidak kira usia, ideologi dan latar belakang.
 
Anjuran barisan generasi muda di bawah naungan Sekretariat Selawat Perdana, program ini dapat menyatukan umat Islam dari seluruh Malaysia untuk memupuk perasaan Mahabbah iaitu melalui qasidah dan zikir.
 
Acara bermula dengan alunan zikir pada jam 6.45 petang, diikuti solat maghrib berjemaah serta bacaan Al-Quran, seterusnya tazkirah agama oleh finalis program realiti TV Pencetus Ummah, diikuti solat Isyak.
 
Bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu menampilkan ikon agama terkenal, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin.

Tiada ulasan: