MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Tindakan Umno Selangor yang mahu
membuat bantahan secara aman di semua gereja di negeri itu jika Paderi
Lawrence Andrew enggan menarik balik kenyataannya mengenai pengunaan
kalimah Allah, adalah berdasarkan pertimbangan mereka sendiri, kata Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri berkata ini berdasarkan perundangan negeri itu serta "titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor."
"Saya tidak fikir langkah yang dibuat oleh Umno Selangor itu bercanggah dengan perundangan negeri dan itu adalah keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Umno Selangor bahawa mereka akan mengadakan bantahan secara besar-besaran menentang penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja di Selangor jika Andrew tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam sehingga Sabtu ini.
Editor akhbar mingguan Katolik 'The Herald' itu dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat lepas sebagai berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.
Ini bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah dalam satu kenyataan pada 14 Disember yang antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Muhyiddin berkata sebagai rakyat Selangor yang mendukung titah Sultan Selangor, "tidak boleh orang kata dia (Umno Selangor) bercanggah atau bertentangan."
"Apa yang mereka lakukan itu tidak bertentangan tetapi selari dengan apa yang dituntut oleh Ketua Negeri kerana soal agama ini, walaupun ada dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak dan kuasanya terletak di bawah kuasa Sultan.
"Bagi saya itu adalah urusan di peringkat sana (Selangor)," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan