Penulis berasa terpanggil untuk memberikan penjelasan dari sudut
perundangan, berhubung isu hangat diperkatakan, apabila sepasukan
pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibantu oleh
anggota polis telah menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) di
Damansara Kim.
Semoga dengan penjelasan ini dapat menutup ruang pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan tercetus isu tersebut.
Dalam serbuan tersebut, dilaporkan JAIS telah merampas 300 naskah Al-Kitab yang merupakan kitab Bible dalam Bahasa Melayu dan juga Bup Kudus, kitab Bible dalam Bahasa Iban.
Antara perkara yang menjadi persoalan, adakah tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap premis tersebut dan merampas kitab-kitab Injil yang disimpan dalam premis tersebut mempunyai asas dari sudut undang-undang?
Kebebasan beragama yang terkawal
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama bagi persekutuan.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”
Pengiktirafan Islam sebagai sebagai agama tertinggi negara, bukan sahaja terdapat dalam peruntukan-peruntukan perlembagaan, tetapi juga telah diperjelaskan melalui penghakiman-penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah.
Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai:
“Bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ia juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.
Secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk mengamalkan agama mereka, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 3(1) yang menyatakan:
"Agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.”
Perkara ini ditekankan lagi dalam Perkara 11(1) yang berbunyi:
“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal(4), mengembangkan agamanya.”
Perkara 11(4) Perlembagaan pula berbunyi:
“Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”
Berdasarkan Perkara 11(4) tersebut, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengadakan undang-undang bagi mengawal atau menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dari disebarkan di kalangan penganut agama Islam.
Dengan erti kata lain, orang bukan Islam bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka, termasuk menyebarkan agama mereka di kalangan bukan Islam, tetapi agama mereka tidak dibenarkan untuk disebarkan kepada orang Islam, dengan apa cara sekali pun.
Maka, berdasarkan sumber kuasa yang diberikan di bawah perkara 11(4), kerajaan-kerajaan negeri, khususnya dalam konteks negeri Selangor telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, iaitu Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1988). [Selepas ini dirujuk sebagai “Enakmen Kawalan”.]
Hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak yang belum menggubal undang-undang sedemikian.
Dengan adanya enakmen ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas perbuatan menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam di negeri-negeri yang telah mewartakan Enakmen Kawalan tersebut, termasuk di negeri Selangor.
Tafsiran "agama bukan Islam" yang disebut dalam Enakmen Kawalan ini adalah luas meliputi agama-agama arus utama seperti Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Yahudi atau mana-mana cabang atau serpihan dari agama-agama tersebut.
Termasuklah juga amalan menyembah roh datuk nenek, animisme, dan lain-lain yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.
Antara kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam Enakmen Kawalan itu ialah:
• Seseorang yang menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang beragama Islam di bawah umur 18 tahun supaya menerima ajaran agama bukan Islam, atau supaya dia menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau aktiviti yang dianjurkan untuk faedah suatu agama bukan Islam, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 5).
• Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, pertunjukan, mengunjungi, mengatur, berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon, bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya (Seksyen 6).
• Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri, menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).
• Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 8).
• Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam Bahagian I (Jadual) Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 9).
Antara perkataan-perkataan dalam Jadual yang dilarang dan telah diwartakan dalam Enakmen Kawalan tersebut yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam ialah:
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insya-Allah allah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya-Allah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.
Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap (seizable offence) bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah, yakni pegawai yang diberi kuasa boleh menyiasat kesalahan di bawah undang-undang ini dan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu.
Manakala, kes-kes berkenaan akan dibicarakan oleh seorang majistret yakni mahkamah sivil, bukan Mahkamah Syariah.
Undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam tersebut bukan sahaja boleh dikenakan terhadap bukan Islam, tetapi juga boleh dikenakan ke atas orang Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka, kerana Enakmen Kawalan itu tidak dihadkan pemakaiannya ke atas bukan Islam sahaja.
Justifikasi tindakan JAIS menurut undang-undang
Apakah tindakan JAIS tersebut berdasarkan kehendak undang-undang?
Dalam Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1988) tersebut, kuasa untuk menyiasat dan menangkap tanpa waran terhadap mana-mana orang yang disyaki melanggar mana-mana peruntukan dalam Enakmen Kawalan tersebut diberikan kepada Pegawai bertauliah.
"Pegawai bertauliah" ertinya pegawai awam yang diberikan tauliah oleh Raja atau Sultan secara bertulis menurut Seksyen 10 Enakmen tersebut, untuk menjalankan kuasa-kuasa di bawah Enakmen tersebut.
Dalam isu ini, semasa proses siasatan di premis berkenaan, bukan sahaja terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAIS, tetapi juga pegawai polis.
Jika pegawai-pegawai yang melakukan siasatan itu adalah terdiri daripada pegawai awam yang diberikan tauliah oleh sultan sebagai pegawai bertauliah, maka proses siasatan tersebut tidak lah salah dari sudut undang-undang.
Sekalipun tiada pegawai bertauliah yang hadir sekali, berdasarkan maklumat yang diterima yang mana PPA mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap berlaku dalam sesuatu premis, berdasarkan Seksyen 57 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003, PPA diberikan kuasa untuk pergi ke premis tersebut untuk menyiasat serta mengambil apa-apa langkah perlu.
Tidak menjadi persoalan dari sudut undang-undang, sama ada premis itu milik bukan Islam atau orang Islam atau tidak dapat dipastikan milik siapa.
Yang pentingnya ialah kesalahan disyaki berlaku dalam premis tersebut.
Seksyen 11 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 juga memberikan kuasa kepada PPA untuk menggeledah mana-mana premis yang mana orang yang disyaki melakukan kesalahan itu berada, dengan syarat orang yang tinggal atau berada di tempat itu memberikan kebenaran atau kerjasama untuk PPA masuk menjalankan penggeledahan.
Dan dalam kes ini, orang yang berada dalam premis tersebut sendiri memberi kebenaran untuk PPA JAIS masuk membuat siasatan.
Seksyen 15 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 juga memberikan kuasa kepada PPA untuk memeriksa pesalah dan menyita segala barang bukti yang dijumpai.
Jadi, pada pandangan saya, tindakan JAIS masih dalam kerangka kepatuhan kepada peruntukan undang-undang, dan bukan bertindak di luar kuasa yang diberikan, atau cuba berlaku tidak adil terhadap bukan Islam.
Ada pihak-pihak tertentu yang menangguk di air keruh cuba memperbesarkan isu ini, cuba memperlekehkan tindakan pihak berkuasa, cuba memberikan imej buruk kepada institusi penguatkuasaan agama Islam, dan cuba mewujudkan perselisihan antara penganut Katolik dan Islam.
Sebab itu ada pihak yang menggunakan istilah “serbuan” bagi menggambarkan tindakan JAIS itu suatu tindakan yang salah, tidak berlandaskan undang-undang dan zalim.
Walhal, dalam undang-undang tiada istilah “serbuan”, tetapi siasatan.

'Biar mahkamah putuskan'
Siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima. Sama ada ada berlaku kesalahan atau tidak, perkara itu biar mahkamah yang putuskan jika ia dibawa ke Mahkamah.
Bila wujudnya aduan, maka pihak berkuasa yang diberikan autoriti oleh pihak berkuasa negeri perlu bertindak termasuk mengambil tindakan-tindakan wajar yang dibenarkan oleh undang-undang semasa melakukan proses siasatan tersebut.
Lagi pula, ia adalah suatu langkah pencegahan.
Dalam kes ini, kelihatan boleh berlaku kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1988), iaitu “kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumber Islam”.
Menerbitkan apa-apa tulisan atau menyatakan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam, atau apa-apa ucapan dalam perhimpunan orang, atau menerbitkan atau menyiarkan apa-apa ucapan atau pernyataan yang menggunakan mana-mana perkataan khusus untuk orang Islam, yang dilarang digunakan oleh bukan Islam seperti dalam Jadual di dalam Enakmen tersebut, walaupun bukan dengan tujuan untuk menyebarkan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam, ia tetap dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Kawalan tersebut yang membawa hukuman maksimum denda seribu ringgit.
Meski pun kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah tersebut dikatakan hanya akan diedarkan kepada penganut Kristian sahaja, persoalan mudah yang boleh ditanya kepada diri kita sendiri, kenapa Kitab Bible dalam Bahasa Melayu itu disimpan dalam negeri Selangor?
Adakah dapat dipastikan atau ada jaminan bahawa Bible berbahasa Melayu itu hanya untuk penganut Kristian sahaja? Semua maklum bahawa orang Melayu pada dasarnya beragama Islam.
Jika Bible itu akan disebarkan kepada penganut Kristian sahaja, mengapa dicetak dalam bahasa Melayu? Adakah orang Melayu beragama Kristian?
Maka, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa negeri, termasuk JAIS dan MAIS untuk menjaga kepentingan umat Islam di Negeri Selangor, daripada dakyah agama bukan Islam.
Namun, pada pendapat penulis, JAIS sepatutnya lebih berhati-hati terutama apabila melibatkan pihak dari kalangan agama lain.
Tindakan perlu lebih berhikmah dan berhemah, ibarat menarik rambut dari tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Lebih-lebih lagi di mana setiap kecacatan atau kelemahan pihak-pihak berkuasa akan dimanupulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda tertentu.
Allah berfirman:
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An-Nahl 16:125)
Ini bukan kali pertama. Dua tahun lalu, iaitu pada 3 Ogos 2011, siasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), juga telah mencetus kontroversi yang sama.
Sepatutnya perkara seperti ini tidak lagi berulang.
Sabda Rasulullah SAW: “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali.” (Riwayat Abu Daud).
MUSA AWANG presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan