Jumaat, 18 Januari 2013

Selepas Dr Novandri, Pisau pula buat 'Ralat'

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR-Selepas menyerang bertalu-talu diikuti pula oleh media Umno yang lain, blogger Umno, Pisau.net membuat 'Ralat' terhadap tuduhannya ke atas Tuan Guru Nik Aziz 13 Januari lepas
Pisau menyiarkan 'Ralat' dalam medianya dengan tajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan".

Pembetulan itu dibuat kononnya berdasarkan penafian Datuk Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng dan Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam masa yang sama, Tuan Guru Nik Aziz menghantar surat saman kepada blog berkenaan.

Sebelum ini, blogger Umno, Dr Novandri terpaksa membuat permohonan maaf kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mendakwa Khalid sebagai Bishop.

Permohonan maaf itu dibuat dalam blognya dan juga dalam Harakahdaily.net sebagai syarat penarikan balik saman Khalid Samad terhadap beliau.

Pisau.net sebelum ini dalam postingnya mendakwa Tuan Guru Nik Aziz memberikan tanah kepada pemimpin DAP untuk membolehkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Ekoran itu, akhbar Umno menjadi isu ini di muka depannya.

Walaupun pembetulan telah dibuat oleh Pisau kononnya baru sedar bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu', pihak-puak lain khasnya Utusan masih belum membetulkan laporannya.
Pelawat laman ini sendiri kesal dengan dakwaan membuta tulis blogger Umno ini.

"Apa pisau penakut la selepas digertak nak kena saman cepat cepat perbetulkan fakta nampak mampuih la hang tu la jadi barua UMNO buat keja buta tuli dah la cukup cukup la apa pun hang jgn harap hang selamat hangeati kena saman gak apa pun selamat berhadapan la dgn masalah ko ini banggang punya bloger," tulis seorang pelawatnya dalam ruangan komen.

Fitnah

Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan, ralat yang dibuat oleh blog berkenaan jelas menunjukkan isu yang digembar gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Ia juga membuktikan bahawa Barisan Nasional Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

"Terbukti tuduhan mereka selama ini tidak berasas," kata Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dalam sidang medianya sambil menunjukkan ralat yang dibuat blogger berkenaan.-Harakahdaily

Tiada ulasan: