REMBAU
– Penduduk Kampung Bemban, bimbang memikirkan keselamatan diri dan
keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai Bemban yang semakin
serius.
Menurutnya, selepas beberapa kali ia
membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akhirnya
membina benteng menggunakan buluh baru-baru ini.
“Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai
kerana benteng buluh itu tidak mampu menghalang aliran air sungai yang
naik mendadak semasa musim hujan,” katanya lagi.
Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen.
“Berapa lama lagi saya mahu menunggu
kerana hakisan itu semakin teruk. Saya bimbang ia akan menjejaskan rumah
yang saya diami bersama tujuh ahli keluarga,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan