Menurutnya, MCA akan menyokong pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mengadakan demonstrasi jika Subramaniam gagal berbuat demikian.
"Kementerian Sumber Manusia perlu membuat keputusan secepat mungkin sebelum Tahun Baru Cina," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden hari ini.
Menurut Chua kementerian itu perlu mengguna pakai cadangan MCA agar perbelanjaan makanan, asrama dan cukai ditanggung pekerja asing, atau banyak IKS akan muflis akibat bebanan kewangan itu.
Tahun Baru Cina pada tahun ini dijangka disambut pada 10 dan 11 Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan