Pada hari yang sama dengan Himpunan Kebangkatan Rakyat (KLIK SINI),
berlangsungnya Himpunan bersama Perdana Menteri, Datuk Najib Razak di
sekitar Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih pada Sabtu lepas (12
Januari 2013). Sebelum itu, pada hari Jumaat kebanyakan orang Lembah
Klang telah menerima sms jemputan untuk menghadirinya. Ada sesiapa di
sini yang turut sama hadir?
Berapa ramai yang hadir?Lebih 15,000 anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membanjiri Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih sebagai tanda menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu membuatkan bandar sunyi Semenyih bertukar wajah menjadi sibuk dan sesak dengan puluhan bas dan ribuan kereta yang memenuhi tempat letak kereta dan sepanjang jalan raya.Najib yang tiba tepat 10 pagi untuk menghadiri majlis Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri, ternyata teruja dengan sambutan meriah penyokong BN dan rakyat yang mengalu-alukan kehadiran beliau.Lebih menarik penyokong dan rakyat yang membanjiri pekarangan dataran itu sejak 8 pagi, rata-ratanya berbangga memakai baju kemeja-t tertera lambang BN dan wajah Najib. Sorakan dan laungan “Hidup PM”, Hidup Najib” “1Malaysia” dan “Ore Malaysia” berterusan hampir 10 minit sehingga Najib dan pemimpin parti komponen BN menaiki pentas utama dengan iringan muzik tradisional India.Penyokong dan rakyat juga mengambil kesempatan bersalaman dengan pemimpin berjiwa rakyat itu yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Dalam ucapannya, Najib yang jelas kelihatan ceria dan penuh semangat berkata beliau amat teruja dengan sokongan dan sambutan rakyat.“Satu Malaysia, Ore Malaysia. Saya berasa amat terhormat lagi teruja kerana diberi sambutan cukup hangat oleh IPF,” katanya.
Lagi Gambar Himpunan Perdana Menteri Datuk Najib Razak di Semenyih
Sila klik kanan untuk lihat setiap gambar yang berjaya dirakam…
Kebanyakan yang hadir didapati diangkut
dengan kemudahan bas yang disediakan dari merata tempat di negeri
Selangor. Majoriti yang hadir ialah warga kaum India. Pada majlis
tersebut bungkusan berisi sekampit beras, gula, tepong dan tidbits telah
diagih-agihkan. Difahamkan 2 buah treler panjang berisi penuh dengan
bungkusan digunakan.
Suasana menjadi kelam kabut kerana ada
kalangan peserta yang mula berebut-berebut sehingga ada yang pengsan.
Untuk melayakkan hadirin mendapat sekampit beras, mereka dikehendaki
memakai baju-T sama ada warna merah atau biru yang ada lambang BN.
P/S : Alhamdulillah semakin dekat
Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat pemimpin politik di Malaysia tidak
kira apa warna cuba mendekati dan mendengar setiap masalah rakyat. Yang
untung siapa? Anda sebagai rakyat juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan