KUALA LUMPUR:
MCA telah mengarahkan semua cawangannya di seluruh negara untuk
mempamerkan gambar William Yau Zhen Zhong yang berusia enam tahun untuk
meneruskan usaha supaya kanak-kanak lelaki itu kembali kepada
keluarganya dengan selamat.
Presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
berkata, gambar William akan dipamerkan di semua 3,000 pejabat
cawangannya di seluruh negara sebagai usaha untuk menjejaki kanak-kanak
itu.
“Kami berdoa agar dia (William) selamat dan dapat kembali ke keluarganya secepat mungkin.
“Kami turut merayu kepada sesiapa yang menjaga Yau supaya mengembalikannya.
“Kami
tidak percaya dia hilang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA di Wisma MCA di
sini, Selasa.
Dr Chua berkata, ia adalah penting bagi sesiapa untuk bekerja bersama untuk mencari kanak-kanak itu.
William
telah hilang sejak Rabu lepas selepas ibu bapanya meninggalkannya
bersama dua adik-beradik lain, Eric dan Cindy di dalam kereta ketika
mereka pergi ke kedai peralatan elektrik di Putra Heights.
William keluar dari kereta untuk mencari ibu bapanya.
Dia hilang selepas ibu bapanya kembali ke kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan