Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu 'brainwash'.

NONEBercakap dalam temubual dengan Malaysiakini petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton, sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan forum itu.

"Kalau tak ada kaitan, ramai pelajar diminta hadir dalam program itu. Kalau tidak hadir, akan dibuang kolej dan sebagainya... Ramai pelajar Proton menyatakan kekecewaan, kerana terpaksa hadir.

"Kalau bukan program universiti, kenapa perlu diwajibkan," kata Bawani sambil menambah ada mendengar bahawa pelajar kolej lain turut diwajibkan hadir tetapi tidak pasti kolej kediaman tersebut.

Bawani mengulas kenyataan Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada Bawani.

Dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina berkata, Mohamed Mustafa berkata universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.

Manakala laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.

NONEMengulas lanjut Bawani meluahkan kekecewaannya dengan
kenyataan Prof Mohamed Mustafa itu memandangkan hanya kampus sahaja berkuasa membenarkan pihak luar mengadakan program dalam kawasan universiti.

Benarkan NGO luar

"Pihak universiti yang membenarkan NGO luar datang sebab (forum) ini berlaku dalam universiti. Jadi kita tak boleh kata, universiti tidak ada kaitan dalam isu (forum) ini sebab ia berlaku dalam pagar universiti kita.

"(Ini) perkara yang mengecewakan saya. Universiti kata, kita pinjam tempat sahaja, kita universiti tak ada kaitan. Kita perlu lihat (bahawa) universiti perlu bebas dan neutral.

"NGO itu orang luar, apa-apa yang kita benarkan, universiti ada autoriti membenarkan pihak luar menjalankan apa-apa (program), di dalam (universiti) ini," katanya.

Hadir ke forum tersebut dengan inisiatif sendiri, Bawani turut mempersoalkan majlis bacaan ikrar yang didakwanya menggesa pelajar supaya tidak terlibat antaranya hadir dalam demonstrasi jalanan.

Sebelum itu Bawani berkata pada mulanya terdapat slot mengenai wanita dan politik dan tetapi secara tiba-tiba, dakwanya, terpapar di skrin antaranya mengenai "perhimpunan kotor" BERSIH 3.0, kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama dan kecaman terhadap pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

NONEBeliau yang juga pemegang ijazah sarjana muda psikologi dari Univerisiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau tidak pernah berdepan dengan situasi itu sepanjang beliau menghadiri pelbagai forum.

"Ini menunjukkan sesuatu yang salah, ada sesuatu makna yang tersembunyi," katanya yang juga seorang aktivis NGO yang dikaitkan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), JERIT.

Sekalipun dalam hati kecilnya ada perasaan marah sewaktu berdepan saat konfrantasi 'listen' dengan Sharifah, namun Bawani berkata beliau mampu mengawal perasaannya dan menghormati kepada Sharifah.

Bagaimanapun apabila beliau cuba meminta keizinan untuk bercakap berkaitan pendidikan percuma menyebabkan suara Sharifah menjadi semakin lantang sehingga dianggapnya boleh menyebabkan tanggapan buruk kepadanya.

"Orang akan lihat, orang besar kata berhenti. Saya sebagai mahasiswa, (hanya) orang kecil... Saya fikir Puan Sharifah sudah bentuk satu suasana untuk menarik penonton bahawa  saya, very bad, very rude.

'Kami bersama kamu

"Tapi saya tunggu, saya ingat Puan Sharifah akan berhenti untuk respons kepada soalan itu, dan akan beri peluang saya bercakap. (Jadi) cara dia jawab... Saya tidak akan mendapat jawapan.

"Saya akan dikutuk teruk. Penonton pula sudah mula tepuk tangan, macam sokong apa pun Puan Sharifah cakap. (Oleh itu) saya kata abaikan. Penonton akan menilainya. Kalau tengok video tu, (perasaan) saya memang kecewa," katanya.

Ditanya mengenai maklumbalas selepas insiden tersebut, Bawani berkata ramai rakan-rakannya marah dan mengutuk susulan tindakannya dalam forum tersebut.

Bagaimanapun selepas menonton video tersebut, mereka memohon maaf kepadanya khususnya di laman sosial Facebook miliknya.

"(Mereka kata) kami tidak dapat bayangkan apa yang kamu nak cakap. Ada orang cakap, (memang) betul kamu rude. Tapi lepas tengok (video) program itu, baru dapat tahu, kenapa kamu bersikap begitu.

"Secara umum ramai kawan sekolah rendah, menengah dan di UKM, mereka cukup gembira dan memuji saya. Mereka kata, saya berani. Dan ramai yang kata, kami bersama kamu, jangan bimbang," katanya.

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |