Selasa, 15 Mei 2012

Wartawan serah memo bantahan ke Pejabat PM

 
Sekumpulan wartawan hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap kekasaran polis dan gangguan kepada petugas media semasa perhimpunan BERSIH bulan lalu kepada Pejabat Perdana Menteri.

Memorandum mengandungi hampir 4,000 tandatangan itu diterima oleh pegawai khas kepada perdana menteri Umi Hani Sharani.

Rombongan enam wartawan dan jurufoto mewakili lebih daripada 14 petugas media yang menjadi mangsa menyerahkan memorandum itu di Putrajaya pagi ini.

Tiada ulasan: