Seramai
kira-kira 700 orang menyertai perarakan di pusat bandar Kuala Lumpur
hari ini dalam perhimpunan tahunan Hari Buruh dengan mesej utama – gaji
minimum yang diumumkan perdana menteri semalam tidak memadai.
Kumpulan itu mendesak supaya kadar gaji minimum ditetapkan pada kadar
RM1,500 – bukan hanya RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah dan
Sarawah.
Kumpulan
berpakaian merah itu berarak dalam suasaran meriah sambil memukul
gendang dan melaung slogan untuk menuntut "gaji minimum RM1,500."
Selain itu, kumpulan itu juga menyuarakan tuntutan mengadakan pilihan
raya bersih dan adil, menghentikan diskriminasi ke atas pekerja wanita
dan eksploitasi ke atas pekerja asing.
Turut disuarakan ialah tuntutan untuk pendidikan percuma dan supaya kerajaan mengawal harga barang keperluan.
Sebanyak
14 tuntutan itu dinyatakan dalam risalah dinamakan Deklarasi 1 Mei 2012
yang diedarkan kepada orang ramai semasa perarakan itu.
Deklarasi itu disokong 58 NGO dan parti politik termasuk Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube), PKR, PSM dan Dewan Pehimpunan
Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Bagaimanapun, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Khalid Atan
yang ditemui di perhimpunan itu berkata, dasar yang diumumkan kerajaan
itu memadai buat masa ini.
Katanya jumlah itu bukanlah sesuatu yang akan dikekalkan buat selama-lamanya tetapi akan disemak semula setiap dua tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan