Penulis tidaklah membeli, tapi penulis ternampak deretan akhbar arus perdana di kedai yang hampir kesemuanya memilih gambar-gambar yang diekstrak dari video yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.Soal penyiaran gambar-gambar ini sebenarnya penulis telah sedari sejak dari Ahad lagi. Siasatan lanjut penulis, menemui satu laman web Sex Scandal Azmin Ali yang penulis rasa diwujudkan semata-mata untuk tujuan penyiaran gambar-gambar (tidak mustahil video juga) tersebut.
Begitu juga penulis sedar dengan penafian penuh Azmin yang disiarkan semalam disini.
Maaf
cakaplah, bukan penulis tidak percayakan Azmin, tapi setakat yang
penulis lihat pada gambar-gambar tersebut, memang sah itu Azmin. Kalau
mukanya pelanduk dua serupa, bentuk kepala dan beberapa kriteria lain
pada imej tersebut memang menunjukkan itu adalah Azmin.
Penulis
rasa amat bodoh kalau kita masih mahu menafikan hakikat tersebut kerana
penulis sudah memerhatikan Azmin lebih dari 12 tahun. Ia seumpama
memerhatikan anak sendiri membesar di depan mata.
Kes Azmin
ini berbeza dengan video seks fitnah yang pernah dikaitkan dengan Datuk
Seri Anwar pada satu ketika dahulu. Paling ketara, video tersebut dalam
keadaan hitam putih, sedangkan gambar dari video yang dikaitkan dengan
Azmin ini dalam keadaan warna, terang dan cukup jelas untuk dinafikan
begitu sahaja.
Malah pelbagai ‘angle’ juga.
Seseorang yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR tersebut juga memaklumkan kepada penulis bahawa keadaan dalam rumah itu hampir menyerupai salah sebuah ‘kondo hinggap’ (dikunjungi sekali sekala) yang dimiliki oleh Azmin. Setakat mana benarnya penulis kurang pasti kerana penulis tidak pernah datang ke kondo tersebut.
Justeru,
semua maklumat tersebut menjadikan’penafian air liur’ semata-mata tidak
cukup. Azmin perlu membuat laporan polis agar satu siasatan penuh dapat
dijalankan ke atas gambar dari rakaman video tersebut dan siapa yang
terlibat di belakangnya.
Dari satu
sudut yang lain pula, kelihatannya Azmin diperangkap oleh seseorang yang
rapat dengannya, rapat sehingga boleh keluar masuk dalam kondo milik
beliau dan memasang semua CCTV tersebut.
Persoalannya siapa?
Penulis
tahu, Azmin punya musuh dalaman PKR yang ramai. Statusnya sebagai
penyokong setia Anwar sejak sekian lama, sanggup bersama waktu senang
dan susah, menjadikannya sebagai individu yang paling rapat dengan
pemimpin agung Pakatan Rakyat tersebut, seterusnya dicemburui rakan dan
lawan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Azmin pernah dikaitkan dengan satu gerakan rahsia dalam PKR untuk menumbangkan pemimpin PKR yang lebih tinggi.
Dengan semua keadaan di atas, kalau Azmin mendakwa diperangkap pun penulis tidak terkejut.
Soal Azmin
nak membuat hubungan dengan siapa pun, itu penulis tidak kisah kerana
sebagai lelaki, beliau mempunyai hak untuk mempunyai pasangan lebih dari
satu. Lagipun penulis berpegang kepada kenyataan Anwar, tidak ada
siapa (waima kerajaan) pun yang boleh masuk campur dalam hal yang
berlaku dalam bilik orang lain, asal saja mendapat persetujuan bersama.
Yang
penulis kisahkan ialah, perkara ini akan mengeruhkan lagi sokongan
rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat kerana bukan semua yang boleh
menerima perlakuan seumpama ini, walaupun dilakukan dalam ruang
tertutup. Malah di negara negara barat pun, skandal suami orang dengan
perempuan lain adalah suatu perkara taboo untuk dilakukan oleh orang
biasa apatah lagi ahli politik.
Ringkasnya,
Azmin perlu melakukan 2 perkara ini dengan segera, buat laporan polis
dan siasat siapa orang dalam PKR yang cuba menjatuhkannya.Suara Pakatan Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan