Khamis, 31 Mei 2012

REGIM MALAYA MENODAI KEDAULATAN SABAH






Oleh : NASPAZI

MENGAMBIL peduli dan membetulkan paradigma Sabahan yang sedang menjurus ke arah kehancuran total tradisi budaya dan warisan bangsa adalah satu kemestian yang wajar disegerakan.

Penulis telah melancarkan beberapa siri paradigma sebelum ini tanpa agenda tersembunyi untuk kepentingan peribadi kerana penulis bukan pengamal politik. Yang demikian, penulis hanya menginginkan atau mengharapkan masa depan bagi kelangsungan atau kekekalan tradisi budaya dan warisan bangsa Sabahan.
Penulis percaya bahawa, tiada ertinya negara Sabah (State of North Borneo) mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963, jika hanya untuk diasimilasi menjadi negeri Malaya yang ke-12 atas nama Malaysia.

Apakah untungnya yang Sabah dapat, selain kemiskinan akhirnya; sesudah puluhan tahun diasimilasi menjadi negeri yang ke-12 kepada regim Malaya atas nama Malaysia? Adakah Brunei dan Singapura rugi kerana tidak bersetuju diasimilasi menjadi negeri kepada regim Malaya atas nama Malaysia?

Lantaran pencerobohan dan pencabulan regim Malaya terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 20 Perkara hak rakyat Sabah dalam negara komponen Malaysia, maka tindakan terpenting Sabahan bagi memulihkan kedaulatan kemerdekaan rakyat Sabah yang tercemar teruk angkara penipuan dan pengkhianatan regim Malaya adalah merangka memorandum kepada PBB dan kerajaan British yang seharusnya melibatkan atau dipimpin bersama oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Tan Sri Simon Sipaun, Datuk Patrick Sindu (kerana mengambil kira kemampuan intelektual mereka) dan beberapa lagi golongan professional dan intelektual Sabahan yang layak dan sesuai.

Betapa pencabulan dan pengkhianatan regim Malaya terhadap maruah kedaulatan kemerdekaan rakyat Sabah yang British telah berikan pada 31 Ogos 1963 begitu ketara dan amat melukakan hati nasionalis Sabahan yang sukar untuk diubati atau memerlukan jangka masa yang panjang untuk menyembuhkannya.

Justeru, apa guna regim Malaya berlagak berhemah dan bijaksana kononnya dengan melaungkan ungkapan sokongan kepada autonomi wilayah Pattani, Thailand, sebagai “peace plan” dan jalan keluar kepada krisis berdarah yang berpenjangan di sana, pada hal regim Malaya sendiri tergamak melanggar, mencabul dan menodai Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 20 Perkara yang menjadi hak rakyat Sabah dalam negara komponen Malaysia?

Sedia maklum bahawa, Sabah telah mengisytiharkan hari kemerdekaan dan kedaulatannya dari menjadi koloni British pada 31 Ogos 1963, namun pada 16 September 1963, merupakan detik baru asimilasi dan penjajahan regim Malaya ke atas Sabah atau menjadikan Sabah sebagai koloni mereka yang ke-12 atas nama Malaysia. Justeru, penulis yakin bahawa, gerakan nasionalis Sabahan yang mula bertunas dan bangkit tidak akan mengalah atau mundur hanya kerana kecut atau takut berhadapan dengan hujah sejarah yang dipalsukan.

Setiap bangsa manusia adalah makhluk yang berfikir dan memiliki idealisme (dunia dalam jiwa). Prinsip-prinsip hidup dalam bermasyarakat dan bernegara tidak mati jika prinsip-prinsip tersebut membela keadilan, kebenaran dan hak. Yang demikian, penulis yakin bahawa pergerakan pro kedaulatan kemerdekaan negara Sabah akan terus berjalan dan diperkuatkan lagi dari masa ke masa sehingga maruah autonomi wilayah Sabah dipulihkan.

Penulis faham bahawa, ramai intelektual Malaya sendiri yang menyedari kebangsatan budaya politik fitnah cabul dan konotasi busuk puak-puak melayu UMNO, sebagai bukannya jawapan kepada keperluan abad baru dan cabaran di hari esok, seperti globalisasi, kebocoran sempadan dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PTI) dari pelbagai negara jiran yang seakan dialu-alukan, lantaran menguntungkan puak-puak melayu UMNO dalam konteks IC projek mereka yang sekian dekad tanpa wujud penyelesaian yang pasti.

Dalam konteks perkembangan politik semasa di Sabah, penulis percaya bahawa, masalah politik yang paling asas, bukan soal siapa yang akan memimpin Sabah, tetapi siapa pemimpin Sabah yang mampu menjalankan suatu perubahan landskap politik dari pencabulan dan pengkhianatan berterusan tanpa batas regim Malaya terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 20 Perkara hak rakyat Sabah dalam negara komponen Malaysia.

Sesungguhnya kematangan dan ketegasan Sabahan mempertahankan haknya dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang dirumus dalam Perjanjian 20 Perkara adalah jalur kepada perubahan landskap politik yang kini menjadi mangsa pencabulan dan pengkhianatan regim Malaya. Bahkan, semua permainan busuk dan kotor mereka terhadap rakyat Sabah jelas menunjukkan tentang betapa mereka sebenarnya tidak memiliki nilai moral yang baik dan mulia, lantaran tiada kesetiaan dan kejujuran dalam mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 20 Perkara yang menjadi dasar kepada penubuhan Malaysia.

Mungkin rakyat Sabah masih ramai yang belum tahu dan perlu diberitahu secara serius dan dedikasi, bahawa sanya nilai 20 Perkara hak rakyat Sabah dalam negara komponen Malaysia secara benarnya merupakan penentuan sendiri (self determination) rakyat Sabah dalam bermasyarakat, berkerajaan dan bernegara sendiri yang sama taraf dengan Malaya dalam konteks negara komponen Malaysia sebagai negara yang sama-sama membentuk “Malaysia 1963”.

Regim Malaya mendakwa bahawa, hari kemerdekaan negara Malaysia kononnya pada 31 Ogos 1957. Alangkah tingginya aras kedustaan agung mereka. Mereka berbohong setiap masa dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang berhubung dengan kewujudan Malaysia. Lantaran itu, penulis menganggap mereka sebagai sarjana agung dalam berbohong dan sangat tolol jika percayakan mereka. Kalau negara Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, maka apakah negara yang ditandatangani penubuhannya pada 9 Julai 1963 dan yang dimasyhorkan pembentukannya pada 16 September 1963?

Adakah Sabah Sarawak sama taraf dengan 11 negeri yang membentuk Malaya; atau Sabah Sarawak sama taraf dengan Malaya? Kalau Sabah Sarawak sama taraf dengan 11 negeri yang membentuk Malaya; maka adakah 11 negeri yang membentuk Malaya mempunyai tarikh kemerdekaannya sendiri, sama seperti Sabah Sarawak yang mempunyai tarikh kemerdekaannya sendiri? Kalau Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957, Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963, maka apakah tarikh kemerdekaan bagi 11 negeri yang membentuk Malaya?

Dan lagi, kalau 11 negeri yang membentuk Malaya sama taraf dengan Sabah Sarawak, maka adakah 11 negeri yang membentuk Malaya turut sama menandatangani penubuhan Malaysia pada 9 Julai 1963? Sebab itu, penulis percaya bahawa, Sabah Sarawak sama taraf dengan Malaya sebagai pembentuk bersama Malaysia 1963 dan bukannya sama taraf dengan 11 negeri yang membentuk Malaya.

Penulis perlu menegaskan bahawa, rakyat Sabah tidak anti rakyat Malaya. Bahkan, rakyat Sabah perlu menghormati rakyat Malaya, termasuk menghormati tradisi budaya dan warisan bangsa mereka yang baik, kecuali tradisi budaya fitnah cabul dan politik konotasi busuk yang ada kaitan dengan kemaluan, seperti ungkapan melancap, meliwat dan lubang dubur. Justeru, apa yang rakyat Sabah anti adalah regim Malaya yang melanggar, mencabul dan menodai Perjanjian Malaysia 1963, Perjanjian 20 Perkara dan kedaulatan negara Sabah yang begitu bertentangan dengan norma kelakuan masyarakat yang bertamadun!

Namun begitu, dalam pada rakyat Sabah menghormati tradisi budaya dan warisan bangsa rakyat Malaya yang baik, namun rakyat Sabah jangan lupa untuk kembali kepada akar budaya dan jati diri sendiri. Betapa kehilangan akar budaya dan jati diri bangsa tidaklah sama seperti rugi dalam perniagaan kedai runcit. Sesungguhnya kehilangan akar budaya dan jati diri bangsa samalah seperti lubang pada lapisan ozon yang tidak semudah itu untuk menutupnya; atau flora dan fauna yang telah punah dan tidak semudah itu untuk mengembalikannya.

Justeru, seluruh rakyat Sabah wajib bangkit segera dan serentak untuk menjunjung kedaulatan dan kesetiaan kepada Perjanjian 20 Perkara dengan tekad dan semangat baru menghancurkan kesadisan hegemoni (dominasi kuasa politik, ekonomi dan pendidikan) oleh regim Malaya di Sabah. Yang demikian, adalah tindakan demi maruah kedaulatan kemerdekaan negara Sabah pada 31 Ogos 1963. Seluruh rakyat Sabah juga jangan ada sedikitpun kompromi buat pengkhianat dan penjual kedaulatan kemerdekaan negara Sabah!

Akhirkata, Tamatkan Hegemoni Malaya Di Sabah!

13 ulasan:

mantera berkata...

sejarah sebenar Sabah dan pembentukan Malaysia perlu diketahui umum.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang berlaku sekarang adalah impak daripada perbuatan yang lalu.

Tanpa Nama berkata...

What goes around will comes around.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga masalah di Sabah ini akan dapat diselesaikan. Yang pasti kerajaan akan cuba yang terbaik bagi menangnai pelbagai isu yang dibangkitkan.

Tanpa Nama berkata...

""Sabahan yang sedang menjurus ke arah kehancuran total tradisi budaya dan warisan bangsa..""

setahu saya tradisi budaya dan warisan bangsa di negeri Sabah semakin kukuh. kerajaan bertungkus lumus memelihara, memulihara dan mempromosikan budaya dan warisan bangsa di negeri Sabah.. tidak seperti pemimpin2 pembangkang yang asyik menghasut rakyat turun ke jalan raya..

Tanpa Nama berkata...

"Akhirkata, Tamatkan Hegemoni Malaya Di Sabah!"

bermakna Pakatan Rakyat juga perlu keluar dari negeri ini.. cuma ada satu saja parti tempatan Sabah iaitu SAPP..

DorianG berkata...

Allegations that Sabah has been colonised by the federal government is a lie aimed at manipulating the people for their support in the coming general election, said Sabah Chief Minister Musa Aman.

DorianG berkata...

He said, on the other hand, the state government had always co-operated with the federal government to develop Sabah.

DorianG berkata...

"The state government, administered by a cabinet of ministers, holds weekly meetings to decide on the direction of comprehensive development in Sabah, other than development projects from the federal government.

DorianG berkata...

"So the accusations of certain quarters that Sabah is being colonised is a big lie," he told reporters after launching a meeting with community leaders for the interior zones.

DorianG berkata...

Musa, who is also State Finance Minister, said as the second-biggest state in the country, Sabah needed a large allocation from the federal government to develop infrastructure and boost the socio-economy of the people.

DorianG berkata...

In this regard, he reminded the people not to be duped by the propaganda of the opposition who often raised issues to belittle the policies of the government.

DorianG berkata...

Musa also asked community leaders to help by providing the best possible explanation to the public on the effort of the government to help the people.