Oleh : NASPAZI
MENGAMBIL
peduli dan membetulkan paradigma Sabahan yang sedang menjurus ke arah
kehancuran total tradisi budaya dan warisan bangsa adalah satu kemestian
yang wajar disegerakan.
Penulis telah
melancarkan beberapa siri paradigma sebelum ini tanpa agenda tersembunyi
untuk kepentingan peribadi kerana penulis bukan pengamal politik. Yang
demikian, penulis hanya menginginkan atau mengharapkan masa depan bagi
kelangsungan atau kekekalan tradisi budaya dan warisan bangsa Sabahan.
Penulis
percaya bahawa, tiada ertinya negara Sabah (State of North Borneo)
mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963, jika hanya untuk
diasimilasi menjadi negeri Malaya yang ke-12 atas nama Malaysia.
Apakah
untungnya yang Sabah dapat, selain kemiskinan akhirnya; sesudah puluhan
tahun diasimilasi menjadi negeri yang ke-12 kepada regim Malaya atas
nama Malaysia? Adakah Brunei dan Singapura rugi kerana tidak bersetuju
diasimilasi menjadi negeri kepada regim Malaya atas nama Malaysia?
Lantaran
pencerobohan dan pencabulan regim Malaya terhadap Perjanjian Malaysia
1963 dan Perjanjian 20 Perkara hak rakyat Sabah dalam negara komponen
Malaysia, maka tindakan terpenting Sabahan bagi memulihkan kedaulatan
kemerdekaan rakyat Sabah yang tercemar teruk angkara penipuan dan
pengkhianatan regim Malaya adalah merangka memorandum kepada PBB dan
kerajaan British yang seharusnya melibatkan atau dipimpin bersama oleh
Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Tan Sri Simon Sipaun, Datuk Patrick Sindu
(kerana mengambil kira kemampuan intelektual mereka) dan beberapa lagi
golongan professional dan intelektual Sabahan yang layak dan sesuai.
Betapa
pencabulan dan pengkhianatan regim Malaya terhadap maruah kedaulatan
kemerdekaan rakyat Sabah yang British telah berikan pada 31 Ogos 1963
begitu ketara dan amat melukakan hati nasionalis Sabahan yang sukar
untuk diubati atau memerlukan jangka masa yang panjang untuk
menyembuhkannya.
Justeru,
apa guna regim Malaya berlagak berhemah dan bijaksana kononnya dengan
melaungkan ungkapan sokongan kepada autonomi wilayah Pattani, Thailand,
sebagai “peace plan” dan jalan keluar kepada krisis berdarah yang
berpenjangan di sana, pada hal regim Malaya sendiri tergamak melanggar,
mencabul dan menodai Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 20 Perkara
yang menjadi hak rakyat Sabah dalam negara komponen Malaysia?
Sedia
maklum bahawa, Sabah telah mengisytiharkan hari kemerdekaan dan
kedaulatannya dari menjadi koloni British pada 31 Ogos 1963, namun pada
16 September 1963, merupakan detik baru asimilasi dan penjajahan regim
Malaya ke atas Sabah atau menjadikan Sabah sebagai koloni mereka yang
ke-12 atas nama Malaysia. Justeru, penulis yakin bahawa, gerakan
nasionalis Sabahan yang mula bertunas dan bangkit tidak akan mengalah
atau mundur hanya kerana kecut atau takut berhadapan dengan hujah
sejarah yang dipalsukan.
Setiap
bangsa manusia adalah makhluk yang berfikir dan memiliki idealisme
(dunia dalam jiwa). Prinsip-prinsip hidup dalam bermasyarakat dan
bernegara tidak mati jika prinsip-prinsip tersebut membela keadilan,
kebenaran dan hak. Yang demikian, penulis yakin bahawa pergerakan pro
kedaulatan kemerdekaan negara Sabah akan terus berjalan dan diperkuatkan
lagi dari masa ke masa sehingga maruah autonomi wilayah Sabah
dipulihkan.
Penulis
faham bahawa, ramai intelektual Malaya sendiri yang menyedari
kebangsatan budaya politik fitnah cabul dan konotasi busuk puak-puak
melayu UMNO, sebagai bukannya jawapan kepada keperluan abad baru dan
cabaran di hari esok, seperti globalisasi, kebocoran sempadan dan
kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PTI) dari pelbagai negara jiran
yang seakan dialu-alukan, lantaran menguntungkan puak-puak melayu UMNO
dalam konteks IC projek mereka yang sekian dekad tanpa wujud
penyelesaian yang pasti.
Dalam
konteks perkembangan politik semasa di Sabah, penulis percaya bahawa,
masalah politik yang paling asas, bukan soal siapa yang akan memimpin
Sabah, tetapi siapa pemimpin Sabah yang mampu menjalankan suatu
perubahan landskap politik dari pencabulan dan pengkhianatan berterusan
tanpa batas regim Malaya terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dan
Perjanjian 20 Perkara hak rakyat Sabah dalam negara komponen Malaysia.
Sesungguhnya
kematangan dan ketegasan Sabahan mempertahankan haknya dalam Perjanjian
Malaysia 1963 yang dirumus dalam Perjanjian 20 Perkara adalah jalur
kepada perubahan landskap politik yang kini menjadi mangsa pencabulan
dan pengkhianatan regim Malaya. Bahkan, semua permainan busuk dan kotor
mereka terhadap rakyat Sabah jelas menunjukkan tentang betapa mereka
sebenarnya tidak memiliki nilai moral yang baik dan mulia, lantaran
tiada kesetiaan dan kejujuran dalam mematuhi Perjanjian Malaysia 1963
dan Perjanjian 20 Perkara yang menjadi dasar kepada penubuhan Malaysia.
Mungkin
rakyat Sabah masih ramai yang belum tahu dan perlu diberitahu secara
serius dan dedikasi, bahawa sanya nilai 20 Perkara hak rakyat Sabah
dalam negara komponen Malaysia secara benarnya merupakan penentuan
sendiri (self determination) rakyat Sabah dalam bermasyarakat,
berkerajaan dan bernegara sendiri yang sama taraf dengan Malaya dalam
konteks negara komponen Malaysia sebagai negara yang sama-sama membentuk
“Malaysia 1963”.
Regim
Malaya mendakwa bahawa, hari kemerdekaan negara Malaysia kononnya pada
31 Ogos 1957. Alangkah tingginya aras kedustaan agung mereka. Mereka
berbohong setiap masa dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat dan
bernegara yang berhubung dengan kewujudan Malaysia. Lantaran itu,
penulis menganggap mereka sebagai sarjana agung dalam berbohong dan
sangat tolol jika percayakan mereka. Kalau negara Malaysia merdeka pada
31 Ogos 1957, maka apakah negara yang ditandatangani penubuhannya pada 9
Julai 1963 dan yang dimasyhorkan pembentukannya pada 16 September 1963?
Adakah
Sabah Sarawak sama taraf dengan 11 negeri yang membentuk Malaya; atau
Sabah Sarawak sama taraf dengan Malaya? Kalau Sabah Sarawak sama taraf
dengan 11 negeri yang membentuk Malaya; maka adakah 11 negeri yang
membentuk Malaya mempunyai tarikh kemerdekaannya sendiri, sama seperti
Sabah Sarawak yang mempunyai tarikh kemerdekaannya sendiri? Kalau Malaya
merdeka pada 31 Ogos 1957, Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan Sabah
merdeka pada 31 Ogos 1963, maka apakah tarikh kemerdekaan bagi 11
negeri yang membentuk Malaya?
Dan
lagi, kalau 11 negeri yang membentuk Malaya sama taraf dengan Sabah
Sarawak, maka adakah 11 negeri yang membentuk Malaya turut sama
menandatangani penubuhan Malaysia pada 9 Julai 1963? Sebab itu, penulis
percaya bahawa, Sabah Sarawak sama taraf dengan Malaya sebagai pembentuk
bersama Malaysia 1963 dan bukannya sama taraf dengan 11 negeri yang
membentuk Malaya.
Penulis
perlu menegaskan bahawa, rakyat Sabah tidak anti rakyat Malaya. Bahkan,
rakyat Sabah perlu menghormati rakyat Malaya, termasuk menghormati
tradisi budaya dan warisan bangsa mereka yang baik, kecuali tradisi
budaya fitnah cabul dan politik konotasi busuk yang ada kaitan dengan
kemaluan, seperti ungkapan melancap, meliwat dan lubang dubur. Justeru,
apa yang rakyat Sabah anti adalah regim Malaya yang melanggar, mencabul
dan menodai Perjanjian Malaysia 1963, Perjanjian 20 Perkara dan
kedaulatan negara Sabah yang begitu bertentangan dengan norma kelakuan
masyarakat yang bertamadun!
Namun
begitu, dalam pada rakyat Sabah menghormati tradisi budaya dan warisan
bangsa rakyat Malaya yang baik, namun rakyat Sabah jangan lupa untuk
kembali kepada akar budaya dan jati diri sendiri. Betapa kehilangan akar
budaya dan jati diri bangsa tidaklah sama seperti rugi dalam perniagaan
kedai runcit. Sesungguhnya kehilangan akar budaya dan jati diri bangsa
samalah seperti lubang pada lapisan ozon yang tidak semudah itu untuk
menutupnya; atau flora dan fauna yang telah punah dan tidak semudah itu
untuk mengembalikannya.
Justeru,
seluruh rakyat Sabah wajib bangkit segera dan serentak untuk menjunjung
kedaulatan dan kesetiaan kepada Perjanjian 20 Perkara dengan tekad dan
semangat baru menghancurkan kesadisan hegemoni (dominasi kuasa politik,
ekonomi dan pendidikan) oleh regim Malaya di Sabah. Yang demikian,
adalah tindakan demi maruah kedaulatan kemerdekaan negara Sabah pada 31
Ogos 1963. Seluruh rakyat Sabah juga jangan ada sedikitpun kompromi buat
pengkhianat dan penjual kedaulatan kemerdekaan negara Sabah!
Akhirkata, Tamatkan Hegemoni Malaya Di Sabah!
|
13 ulasan:
sejarah sebenar Sabah dan pembentukan Malaysia perlu diketahui umum.
Apa yang berlaku sekarang adalah impak daripada perbuatan yang lalu.
What goes around will comes around.
Semoga masalah di Sabah ini akan dapat diselesaikan. Yang pasti kerajaan akan cuba yang terbaik bagi menangnai pelbagai isu yang dibangkitkan.
""Sabahan yang sedang menjurus ke arah kehancuran total tradisi budaya dan warisan bangsa..""
setahu saya tradisi budaya dan warisan bangsa di negeri Sabah semakin kukuh. kerajaan bertungkus lumus memelihara, memulihara dan mempromosikan budaya dan warisan bangsa di negeri Sabah.. tidak seperti pemimpin2 pembangkang yang asyik menghasut rakyat turun ke jalan raya..
"Akhirkata, Tamatkan Hegemoni Malaya Di Sabah!"
bermakna Pakatan Rakyat juga perlu keluar dari negeri ini.. cuma ada satu saja parti tempatan Sabah iaitu SAPP..
Allegations that Sabah has been colonised by the federal government is a lie aimed at manipulating the people for their support in the coming general election, said Sabah Chief Minister Musa Aman.
He said, on the other hand, the state government had always co-operated with the federal government to develop Sabah.
"The state government, administered by a cabinet of ministers, holds weekly meetings to decide on the direction of comprehensive development in Sabah, other than development projects from the federal government.
"So the accusations of certain quarters that Sabah is being colonised is a big lie," he told reporters after launching a meeting with community leaders for the interior zones.
Musa, who is also State Finance Minister, said as the second-biggest state in the country, Sabah needed a large allocation from the federal government to develop infrastructure and boost the socio-economy of the people.
In this regard, he reminded the people not to be duped by the propaganda of the opposition who often raised issues to belittle the policies of the government.
Musa also asked community leaders to help by providing the best possible explanation to the public on the effort of the government to help the people.
Catat Ulasan