Editor Buletin
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas tindakan keterlaluan media utama
negara milik UMNO sehingga sanggup menabur fitnah dengan menjaja kempen
lucah aksi pemimpin Pakatan Rakyat. Terbaru, media arus perdana tanpa
segan silu menyiarkan fitnah
adegan seseorang yang dikatakan sebagai YB Azmin Ali, Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan seorang pelacur.
DPPM
menganggap tindakan media menyiarkan laporan lucah ini sebagai tindakan
jijik yang dilakukan oleh pelampau yang sanggup menghalalkan perkara
yang haram. Media arus perdana menjadi hilang pedoman dan integriti
apabila sanggup menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ dengan menyiarkan
babak lucah ini tanpa sedar ia ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia
pelbagai peringkat umur.
DPPM mempersoalkan kemanakah perginya
suara para ulamak dalam UMNO dan para mufti yang hanya diam membatu
melihat media melakukan kemungkaran secara terang-terangan? Mereka
sepatutnya bangkit membantah tindakan keji seperti ini. Sudahlah
menayangkan video lucah di hadapan rakyat, membuat pula fitnah yang
mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
DPPM menegaskan, kempen
seumpama ini sudah basi di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana, rakyat
sudah acapkali dihidangkan dengan kempen kotor dan jijik sebegini dengan
tujuan menjatuhkan maruah pemimpin Pakatan Rakyat. Cukuplah dengan
kempen lucah yang dijaja terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998,
kemudian dengan dakwaan perlakuan beliau terhadap Saiful Bukhari, serta
pengedaran video lucah pemimpin tersebut yang disiarkan oleh media
beberapa bulan lepas.
Mereka berniat mahu menunjukkan seolah-olah
pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai akhlak sehingga sanggup
melakukan maksiat dan zina dengan perempuan murahan. Mereka juga mahu
rakyat hilang kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat. Sedangkan kempen
sebegini akan menjadikan UMNO dan media milik mereka semakin dibenci
oleh rakyat.
Pengedaran video lucah yang terbaru menunjukkan
bahawa UMNO sudah ketandusan isu dan kontang idea dalam menghadapi
kemaraan rakyat, khususnya pasca Bersih 3.0 yang memperlihatkan ratusan
ribu rakyat berhimpun di ibu kota. Tindakan jijik ini menandakan akan
berakhirnya riwayat politik UMNO yang terpaksa berpaut pada apa sahaja
demi memastikan survival hidup mereka, hatta terpaksa mengorbankan nilai
kemanusiaan dan kehormatan diri.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan