Nigel Aw
Timbalan
Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat
unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan
kematian.
Ini, katanya, berdasarkan kepada bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.
Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.
Bercakap
dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata,
bukan menteri sahaja yang berkata demikian, tetapi pihak polis juga
mempunyai bukti.
"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu
klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak
apa," katanya.
Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.
Khalid
berkata, pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari
pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut.
Bagaimanapun,
katanya, tiada tindakan telah diambil terhadap individu tersebut,
kerana hanya dengan mengatakan perkataan tersebut, tidak menjadi satu
kesalahan di bawah undang-undang.
"Belum lagi (tangkap). Tidak
ada apa-apa kesalahan pun, dia cuma cakap saja... Sehingga tengah hari
ini sudah 21 orang telah ditangkap.
"Ada yang serah diri, ada yang ditangkap, sudah 321 orang. Jadi memang bagi sampai esoklah.
"Kita pun dah mula kenal pasti mereka melalui gambar-gambar. kalau mereka tak datang serah diri, kami akan carilah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan