Isnin, 21 Mei 2012

Piala FA: Kafa beri imbuhan RM500,000

SINAR HARIAN
Kelantan menjulang Piala FA 2012 selepas menewaskan Sime Darby 1-0 - Foto Sinar Harian
Kelantan menjulang Piala FA 2012 selepas menewaskan
Sime Darby 1-0 - Foto Sinar Harian
 
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM500,000 kepada semua pemain sempena kemenangan Kelantan menjulang Piala FA malam tadi.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk percutian.

"Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan selepas Kelantan bergelar juara pada saingan Piala FA menewaskan Sime Darby FC 1-0
melalui sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama pasukan The Red Warriors. - Bernama

Tiada ulasan: